Siapa sahaja yang tak ‘excited’ kalau tiba-tiba diberi hadiah bukan?
Lebih-lebih lagi hadiah tersebut merupakan apa yang sudah diidamkan sejak dari dulu lagi.
Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini di mana seorang isteri menghadiahkan suaminya kereta Proton Satria telah membuatkan orang ramai turut berasa sebak apabila melihatnya.
Memetik laporan MStar, Nurizzati Zamzalee atau lebih dikenali sebagai Meera, menyatakan bahawa hadiah itu diberi untuk menebus semula kenderaan yang dijual oleh pasangan itu sebelum mendirikan rumah tangga bersama-sama.
Walaupun kereta tersebut hanyalah kereta terpakai, ianya cukup membuatkan suaminya itu berasa sangat terharu dan gembira.
Difahamkan, mereka baru sahaja bernikah pada 13 Mei 2022 yang lalu.
“Kami baru je kenal antara satu sama lain, tapi terus ambil keputusan untuk bertunang pada 20 Mac 2022. Masa tu dia (suami) baru berhenti kerja sebagai pemandu lori.
“Jadi dia tak ada pendapatan tetap mahupun wang simpanan melainkan sebuah kereta Satria. Dia kemudian buat keputusan untuk jual Satria bagi menampung hantaran sebanyak RM 10,000.
“Wang tersebut digunakan untuk barang hantaran dan kos mengadakan tiga majlis secara kecil-kecilan iaitu tunang, nikah dan sanding,” katanya.
Meera mengimbas kembali bahawa kereta Satria yang dijual oleh suaminya dulu adalah pada harga hampir RM 10,000.
Dikatakan, ianya merupakan kenderaan terpakai yang baru sahaja dibeli beberapa bulan sebelumnya.
“Masa tu kami terfikir sama ada patut jual atau tidak. Kereta tu satu-satu aset yang dia ada, itu pun second hand.
“Namun kerana jodoh kami nampak senang, kami teruskan saja (perkahwinan). Suami pun jual kereta untuk tampung kos,” ulas Meera.
Meera masih bersyukur kerana dia dan suaminya masih memiliki sebuah motosikal yang boleh digunakan untuk ke mana-mana sahaja.
“Kalau nak balik kampung saya di Tapah pun, kami naik motor saja. Saya menetap bersama keluarga mentua di Kuala Lumpur.
“Bulan September tahun lalu, suami dapat kerja jadi rider hantar makanan. Alhamdulillah, dia dapat pinjam motor ayahnya,” jelasnya.
Meera yang merupakan seorang model sambilan selama 10 tahun, dia turut melakukan servis ‘paid review’ untuk mendapatkan wang tambahan.
“Syukur saya ada wang simpanan dan dengan bantuan ayah mentua, saya beli sebuah kereta Satria second hand pada harga hampir sama dengan yang suami jual sebelum ini.
“Pemiliknya pun jual sebab nak buat duit kahwin. Bezanya kereta ini lebih banyak modifikasi daripada pemilik terdahulu, antaranya ada pemain Android, sunroof (bumbung tembus cahaya) dan kerusi lebih empuk dan moden.
“Saya cakap nak ganti balik sebab dia banyak berkorban. Suami menangis walaupun susah, saya masih bersama dia. Makan mi segera kat rumah atau kedai mamak dulu perkara biasa,” jelas Meera lagi.
Meera meluahkan bahawa bukan kemewahan yang diinginkan olehnya, malah dia berharap agar suaminya yang menyertai badan beruniform sedang menjalani latihan sejak Februari agar menjadi pasangan yang terbaik.
“Orang kata isteri diuji apabila suami susah, dan suami diuji ketika senang. Apabila dah senang, jangan lupakan isteri.
“Kepada isteri-isteri lain, kita kena sabar dan jadi tulang belakang buat suami kita.
“Kena sentiasa positifkan suami untuk kebahagiaan rumah tangga,” akhirnya.
Video TikTok yang tular: