Connect with us

Viral

Pernah Minta Suami Carikan Seorang Madu Sebagai Peneman, Wanita Redha Dapat 3 Orang

Kebanyakan wanita paling ‘pantang’ jika disebut bab berpoligami, boleh terbang semua pinggan mangkuk dekat dapur dek kerana mengamuk bila tahu suami nak kahwin lain.

Bagi wanita, poligami ni tak boleh dibawa bergurau, boleh merajuk seminggu kalau suami menyakat bab poligami!

Biarpun begitu, masih ada segelintir yang tidak kisah dan dapat menerima ‘orang’ baru. Siap jadi kawan baik dengan madu sendiri aalkan sang suami bertanggungjawab dan memberi kasih sayang sama rata.

Sama juga dengan kisah yang tular kali ini dimana seorang isteri mempnuayi bukan seorang malah tiga orang madu mencuri perhatian ramai.

Memetik laporan mStar, wanita yang hanya ingin dikenali sebagai Mimi, 31, ini mengakui, walaupun terkesan, sikap tolak ansur dalam berumah tangga itu penting demi menjamin kebahagiaan mereka.

“Perasaan tu tak dapat dinafikanlah, memang tak ada yang sanggup nak bermadu tapi masing-masing dapat bertolak ansur demi kebahagiaan dan business masing-masing.”

“Yang penting suami kena berlaku adil dan kasih sayang juga perlu sama rata,” katanya.

Bercerita lanjut, difahamkan Mimi yang merupakan isteri pertama berkata, kesunyian yang dirasai setiap kali suaminya bertugas di luar kawasan menyebabkan dia meminta suaminya itu untuk mencarikannya madu.

“Saya yang suruh suami cari madu sebab saya nak ada teman dan yang paling penting wife kedua sebenarnya adalah BFF (best friend forever) saya pada asalnya.

“Lelaki jarang nak lepaskan peluang macam ni kan, tapi ada la syarat yang tertentu,” katanya, namun bagaimanapun tidak ingin berkongsi antara syarat yang ditetapkan kerana terlalu peribadi.

Terdahulu, perkongsian Mimi yang turut sama dalam majlis pernikahan madunya yang keempat tular di laman TikTok dan dikatakan perkahwinan keempat suaminya itu yang berlangsung pada 21 Disember lalu mendapat restu daripada ketiga-tiga ‘isteri tua’.

Video tular di Tiktok:

@tgshamimitahniah selamat pengantin baru, happy for you ##semogabahagia ##fyp ##tilljannah

♬ Aku Bukan Jodohnya – Fullband Version – Tri Suaka

“Bila dia beritahu nak kahwin yang kedua dan lain-lain saya boleh terima sebab saya bersetuju, saya tak kisah pasal bermadu asalkan dia adil, tak curang dan kalau dia mampu tak salah.”

“Jadikan madu-madu ni sebagai kawan atau adik beradik baru la dapat rasa kemanisan madu tu,” katanya sambil menambah bahawa keempat-empat mereka berasal dari Kelatan, dan menetap di rumah yang berbeza.”

Selain Mimi, suaminya, seorang kontraktor yang hanya ingin dikenali sebagai Wary, turut berkahwin dengan Rina, 26, Anis, 25 dan Tiha, 25.

Kesemua mereka menjalankan perniagaan yang berbeza secara kecil-kecilan.

Bagaimampun, kini mereka mempunyai dua orang cahaya mata, iaitu anak perempuannya yang sudah berusia tujuh tahun serta seorang lagi anak lelaki berusia empat tahun, hasil perkahwinan Wary dengan dengan isteri keduanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.