Pengorbanan besar ibu adalah saat dia menaruh nyawanya demi melahirkan anaknya, walaupun sakit itu tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata bahkan proses bersalin itu sendiri bukanlah satu perkara yang mudah
Tidak dinafikan, kedua-dua proses sama ada bersalin secara normal ataupun ceaser bagaikan mimpi ngeri buat para ibu namun senyuman kembali terukir apabila melihat kehadiran cahaya mata mereka ke dunia.
Jika zuriat perlu dilahirkan dengan pembedahan, ianya tentu memerlukan masa yang agak panjang untuk proses pemulihan.
Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana pemandu sebuah kenderaan menampal nota dibelakang kereta selepas isterinya bersalin secara pembedahan mencuri perhatian ramai.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seroang pengguna TikTok iaitu @reedzu1one, dapat kita lihat dia sedang berkongsi sebuah situasi di atas jalan raya.
Pun begitu, dia perasan kenderaan model Toyota Vios yang berada di depannya memandu dengan sangat perlahan dan sempat menampal nota di belakang kenderaannya. Disebabkan itu, dia tidak memotong dan memberi peluang kepada kereta berkenaan.
“Harap maaf, wife saya bersalin czer,” tulis pemilik kereta itu.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan sikap suami yang sangat mengambil berat tentang keadaan isteri selepas melahirkan cahaya mata apatah lagi dengan kaedah pembedahan.
Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang terdiri daripada kaum ibu mengakui akan berasa sakit di bahagian bedah jika terhentak seperti bonggol dan lubang di atas jalan.
“I wish my husband would have done this for me” – Netizen
Malah, wargamaya juga berharap agar dipertemukan jodoh seperti lelaki itu yang sangat menitik beratkan keadaan isteri yang menaruh nyawa demi zuriatnya.
Antara komen warga maya:
“Saya doakan suami dan isteri agar diberikan kesihatan yang baik”
“Pernah rasa, sakit ui, husband langgar bonggol kat jalan tu”
“Sakit ooo bila terhentak.. nangis je sepanjang nak sampai umah..”
“Betul.. kena slow.. orang czer je tahu azabnya..”
“Macam ni lah saya masa baru bersalin czer.. drive slow mengalahkan orang ambil lesen..”
Video yang tular di laman TikTok: