Connect with us

Semasa

Perodua Myvi Ura-Ura Bakal Dijadikan Kereta Polis, Warganet Luah Rasa Teruja

Kereta peronda polis merupakan kereta yang digunakan oleh pihak polis untuk memantau kawasan setempat yang ditugaskan. Sebelumnya, kereta jenis Honda Civic dijadikan kereta peronda polis telah mencuri perhatian orang awam kerana reka bentuknya yang tampak eksklusif.

Tetapi tahukah anda baru-baru ini Perodua Myvi yang dikatakan ‘King of the Road‘ ura-ura bakal menjadi kereta rasmi baru peronda polis?

Menurut laporan Vocket, memaparkan beberapa buah Myvi dengan livery Polis pada bahagian badan kereta mula kelihatan oleh orang ramai pada minggu lalu.

Berdasarkan satu video tular yang dikongsikan oleh akaun TikTok @zaki_ahmad03, dia merakam di sebalik pagar yang menunjukkan ‘Myvi Polis’ itu baru sahaja diturunkan dari lori treler kereta.

Menerusi video tersebut juga, jelas kelihat peleket polis berwarna biru, kuning dan hijau ditampal pada kereta ‘king’ tersebut.

Selain itu, logo dan perkataan ‘POLIS’ turut dapat dilihat pada sisi pintu kereta berkenaan.

Melalui video kedua yang tular dimuat naik oleh TikTok @infodashcam pula memperlihatkan tiga buah ‘Myvi Polis’ berada di atas lori treler kereta yang sedang berhenti tepi jalan.

Walau bagaimanapun, masih tiada lagi mana-mana kenyataan rasmi dikeluarkan mengenai ‘Myvi Polis’ tersebut yang sudah heboh diperkatakan oleh warganet.

Namun begitu, ada warga netizen menyatakan bahawa Myvi itu bakal digunakan sebagai kenderaan polis bantuan di kilang Perodua itu sendiri memandangkan terdapat pelekat decal logo Perodua pada sisi pintu penumpang dan bonet belakang kereta.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat kereta yang digelar ‘King of the Road’ itu bakal dijadikan sebagai keregta rasmi peronda polis.

Warganet juga kelihatan bangga apabila kereta ‘serba boleh’ ini bakal menonjolkan kelebihannya beraksi di atas jalan raya bersama anggota polis nanti.

Antara komen netizen:

“king xpernah xhebat skrg dh naik pangkat…hebat king join PDRM👍👍👍😊”

“kan bagus..jimat..guna produk negara sndiri…”


“jenuh nak lari lpas ni..bila king dh jd keta peronda polis lpas ni😂😂😂..dia punya pergi kelajuan,tak leh bwa bincang😂😂😂”

“tahniah king, senyap2 dah masuk beruniform😂”

Video yang tular:

@zaki_ahmad03 Ada lawan kee 😬 #fyp #viral #foryoupage ♬ Polis – Emin Saqi

@infodashcam #fyp #trendingnewsmalaysia #dashcammalaysia #beritatiktok ♬ original sound – Info Dashcam

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.