Fesyen itu unik. Setiap orang mempunyai cita rasa yang tersendiri yang mampu menggambarkan personaliti dan identiti seseorang.
Begitu juga isu yang dikaitkan dengan puteri sulung usahawan kosmetik popular, Cik B tular mengenai persalinan bajunya dikatakan bernilai lebih RM 600,000.
Berdasarkan foto yang dimuat naik oleh Cik B di laman Instagramnya, ia memaparkan butir-butiran yang terperinci mengenai harga setiap busana dan aksesori yang telah dipakai pada ketika itu.
Foto itu dikatakan sebelumnya dimuat naik oleh pengguna Instagram @beastlab_ di akaun mereka sebelum dimuat naik semula oleh Cik B di akaun Instagramnya.
Difahamkan, persalinan bajunya yang paling mahal dipakai dan diperagakan dalam foto itu ialah jam tangan jenama Chopard bernilai RM 530,000.
Diikuti dengan cincin delima bernilai RM 105,000, hooded sweatshirt berjenama Christian Dior sebanyak RM 14,400, kasut dan scarf Dior yang masing-masing berharga RM 5,300 dan RM 1,750.
Manakala, paling rendah nilainya ialah satu bentuk cincin jenama Versace berjumlah RM 1,300.
Dalam hantaran yang lain, Cik B telah memuat naik foto-fotonya memperagakan busana mewah miliknya itu ketika hadir di sebuah acara yang dipercayai diadakan di ibu kota.
Sekadar info, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen, menggunakan media sosial Instagram dengan nama @cikb_havoc66 yang kini telah mencatatkan lebih 800k pengikut.
Meninjau di ruangan komen, warga netizen masing-masing berasa kagum dan terpegun dengan harga busana yang telah dipakai oleh remaja yang berusia 17 tahun itu.
Malah bukan itu sahaja, ada juga warganet yang berseloroh mengenai harga busananya yang boleh dijadikan sebagai wang untuk membeli sebuah rumah.
Antara komen netizen:
“Gile ah cikb ! Dope gila daebak”
“Cincin tkda brand pun mahal unbranded kan”
“Rezeki allah beri. Kami tumpang syukur alhamdulillah gembira tenguk orang lain gembira”
“Cik b, pinjam cincin tu..nak buat rumah ”
Hantaran yang tular di Instagram: