Connect with us

Viral

‘Personal Shopper’ Rakus Borong Stok Merchandise Starbucks di Gudang, Peminat Starbucks Bengang Beratur Panjang Sejak 9 Pagi Tapi Semua Dah ‘Licin’

Personal shopper atau pembeli barang peribadi sudah menjadi satu pekerjaan buat orang kita terutamanya golongan muda. Disebabkan fizikal yang kuat, sangguplah mereka beratur panjang demi mendapatkan barang-barang ‘limited‘ untuk pelanggan mereka.

Iospital phone repair gombak

Bagaimanapun, sikap sesetengah personal shopper atau PS ini menimbulkan rasa kurang senang untuk segilintir pihak. Mana tidaknya, disebabkan mereka, orang lain tidak berkesempatan untuk membeli barang yang diinginkan.

Sebegitulah cerita pada kali ini apabila PS ‘kebas’ semuanya merchandise kafe kopi antarabangsa Starbucks sehingga licin yang dijual di gudang semalam.

Difahamkan, Starbucks Merchandise Warehouse Sale yang dibuka kepada semua semalam mendapat sambutan hangat sehingga diserbu  seawal 9 pagi lagi.

Jualan gudang ini diadakan khas buat peminat setia Starbucks memandangkan ianya sesuatu yang selalu dinantikan-nantikan pada setiap tahun. Mereka boleh membeli produk Starbucks pada harga runtuh.

Pun begitu, ramai yang berkunjung ke situ semalam meluahkan rasa kecewa dan marah kepada PS yang ‘sapu licin’ aksesori Starbucks yang cantik-cantik terutamanya versi edisi khas.

Menerusi perkongsian video @littlewan_ di TikTok, dia sempat merakam beberapa orang PS sedang ‘khusyuk’ menyusun produk Starbucks yang telah dibeli ke dalam beg besar yang mereka bawa.

“Semua tumbler yang lawa-lawa dah kena kebas dengan PS. Tahu lah cari makan tapi tak beragak langsung,” tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata tidak bersetuju adanya PS di jualan gudang sebegini. Mereka bukan sahaja membeli tak ingat dunia, malah mencuri peluang orang lain untuk membeli barang yang digemari.

Selain itu, mereka turut berpendapat supaya pihak jualan gudang Starbucks membuat limitasi untuk setiap individu membeli produk yang ada dan meminta orang ramai untuk boikot servis PS.

Untuk rekod, Starbucks Merchandise Warehouse Sale berlangsung sehingga 2 Oktober 2022 di Event Hall 2, Level 5 The Starling.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di Twitter

Ciapan yang tular di laman Twitter

Continue Reading
Advertisement