Connect with us

Selebriti

“Pertama kali tengok dia nangis” Mizz Nina Gagal Tahan Sebak, Netizen Titip Doa Agar Terus Tabah

Menjadi seorang figura yang dikagumi oleh ramai pihak semestinya sentiasa menjadi perhatian. Lebih-lebih lagi apabila sering berkongsikan ilmu yang bermanfaat dan mendorong orang ramai untuk melakukan kebaikkan.

Meskipun baru mengumumkan berita berkenaan penceraiannya di laman Instagram, penyanyi dan juga aktivitis kemanusian Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina binti Azman dilihat menjalani rutin kehidupan harian seperti biasa termasuklah dijemput melakukan sesi perkongsian ilmu kepada orang ramai.

Terbaharu, tular dengan video di laman TikTok memaparkan Mizz Nina yang tidak dapat menahan sebak ketika menjadi salah seorang panel bagi sebuah program motivasi Peace Hope For Your Mind Heart.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ejust4u ini juga memainkan latar belakang lagu Hijrah Cinta yang dinyanyikan oleh Wany Hasrita yang mengundang sebak netizen apabila melihat Mizz Nina yang tidak dapat meluahkan sesuatu hal lalu hanya mampu menangis sambil mengesat air mata dengan menggunakan tisu.

Di sebuah video yang lain difahamkan, Mizz Nina sedang menyampaikan cerita berkenaan konsep qada dan qadar dalam program bertajuk ‘A Heart of Stone: The Case of a Hardened Heart and its Cure’ tersebut.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet menitipkan doa dan kata-kata yang positif kepada Mizz Nina. Bukan itu sahaja, mereka juga berharap penyanyi ini terus istiqamah dan kekal kuat dalam menghadapi ujian.

Antara komen warganet di laman TikTok:

“Banyak benda tak terluar dengan hanya menangis je rasa lega”

“Bila kita pilih untuk dekat dengan Allah, ujian memang selalu bertimpa timpa..”


“Pertama kali tengok dia nangis..ya Allah hadiahkan lah dia syurgamu..aamin..”


“Rugi suami dia lepaskan harta paling berharga di dunia..semoga mizz nina dikurniakan suami yang terbaik untuk dunia dan akhirat dia..ammin”

“Bersihnya kulit dia, berseri..semoga dia terus kuat dan dipermudahkan urusan..Insya Allah..aamin”

Video yang tular di laman TikTok:

@ejust4u #mizznina #nohsalleh #allah #motivational #inspiration #nealofa #onitsukatiger #cry #miziwahid #spiritualsummit2022 #fyp #fypシ #fypdongggggggg #fypage #quote #hardship #lost #subhanallah #tabarakallah #hijrah #hijrah_istiqomah #hijrahcinta #meletop #tiktok #tiktok #lisasurihani #harisismail #bestrong #mstar #mstarmalaysia #mashallah #sinarfm #erafm #selawat ♬ original sound – Ejust

@ejust4u #fyp #mizznina #fypシ #neelofar #miziwahid #fypdongggggggg #hijrah #hijrah_istiqomah #hijrahcinta #nohsalleh #cry #tiktok #selawat ♬ original sound – _wanyhasrita_

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.