Connect with us

Viral

“Pertama Kali Tengok” Rakaman Isi Minyak Secara Manual Ini Buat Ramai Kagum

Pastinya ramai diantara kita yang tidak pernah melihat petrol pam manual bukan?

Selalunya petrol pam manual ini akan ada dikawasan pedalaman yang sememangnya disitu sukar untuk kita dapatkan bekalan minyak petrol.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana ramai yang teruja melihat cara dua orang gadis ini mengisi minyak.

Manakan tidak, Jika di stesen petrol biasa, pengguna hanya perlu membayar jumlah dimahukan dan menekan nozel yang dimasukkan ke dalam pintu tangki.

Namun lain pula untuk pengisian minyak secara manual yang mana menggunakan satu alat khas yang sememangnya sukar untuk ditemukan pada zaman kini.


Menerusi video yang dimuat baik oleh seorang pengguna TikTok @anisna98, dapat kita lihat wanita tersebut mengisi minyak di petrol pam manual di Dabong, Kelantan.

Meninjau di ruangan komen, rata/rata warga netizen terkejut kerana masih ada sistem stesen minyak petrol secara manual pada masa kini.

Bukan itu sahaja, ada juga yang mengakui mereka baru pertama kali melihat perkara tersebut malah tidak menyangka sistem tersebut wujud.

Pun begitu, ada juga yang sudah terbiasa dengan situasi tersebut kedana dilahirkan dalam persekitaran kampung yang sememangnya jauh dengan bekalan minyak petrol.

Antara komen warga maya:
“Biasanya dekat kampung2 je ada”

“Kalau lori mai nak 200 ringgit tak ke berotot awek tu”


“Seriuslah ramai yang pertama kali tengok. Dekat kampung aku tak terkira kedai minyak ni”

“Aku ingat benda ni biasa rupanya ramai tak tahu lagi benda ni wujud”

Video yang tular di laman TikTok:

@anisna98 Stesen minyak manual😆 #fyp ♬ Soap – Melanie_Martinez

@anisna98 Balas kepada @akmapenn nah video penuh. Sempat record sampai sini je. Sharing is caring😄 #fyp ♬ bunyi asal – Anisna98

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.