Connect with us

Viral

Perumahan Di Cheras Tinggi Macam Di Hong Kong, Komen Netizen Buat Ramai Berdekah

Baru-baru ini tular beberapa gambar perumahan tinggi di Hong Kong oleh kerana ianya dibina rapat-rapat antara satu sama lain sehinggkan ramai netizen meninggalkan komen-komen yang lucu.

Pun begitu, di Malaysia juga terdapat banyak bangunan tinggi yang cantik apatah lagi di ibu negara bahkan dijadikan tempat OOTD pada mereka yang gemar untuk bergambar.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana rupa bentuk sebuah bangunan di Cheras, Malaysia sama seperti bangunan yang berada di Hong Kong mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @puterimalujengka, memaparkan satu perumahan yang dibina tinggi dan banyak disamping menunjukkan bagaimana suasana perumahan itu.

Jika di Hong Kong, difahamkan konsep perumahan tersebut dipanggil sebagai pangsapuri nano.

“Kita delivery sebelah apartment ni, fuhh seri aih depa punya view lain macam rasanya,” ujarnya di ruangan TikTok

Video yang tular di laman TikTok:

@puterimalujengka kita delivery sebelah apartmnt ni..fuhh seriau aihh depa punya view lain maciammm rasanye😏 #syawal2022 #codketupatfrozen #palaslijah #ketupatpalas #hongkongmalaysia ♬ Hatiku Kekal Padamu/你到底爱谁 – 李俊杰

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sempat meninggalkan komen-komen yang lucu oleh kerana bangunan tersebut yang terlalu tinggi.

“Lif rosak habis la, turun darjah 1 sampai bawah darjah 2”- Netizen

Bahkan dalam masa yang sama ada juga yang berseloroh mengatakan jika menaiki tangga pada waktu siang, kemungkinan sampai di rumah pada waktu malam.

Antara komen warga maya:
“Ni buatnya nak hantar anak sekolah rendah sampai bawah je anak dah habis spm”

“Naik tangga siang, sampai umah dah malam”

“Ni tertinggal kunci kereta, give up nak naik. Auto naik grab”


“yang duduk tingkat paling atas.. hari ni berak.. bulan depan najis baru masuk dalam loji..”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.