Connect with us

Semasa

Pesakit Covid-19 Lari Dari Hospital Ditemui Duduk Termenung di Deretan Kedai

Seorang lelaki dipercayai pesakit Covid-19 yang melarikan diri dari Hospital Pulau Pinang (HPP), di sini ditemukan di kawasan kaki lima deretan kedai di Bayan Lepas, malam tadi.

Menerusi laporan Harian Metro, lelaki tempatan berusia 23 tahun itu dijumpai kira-kira 9 malam oleh orang awam sebelum sepasukan petugas kesihatan yang lengkap berpakaian perlindungan peribadi (PPE) datang mengambilnya untuk dibawa semula ke HPP.

Difahamkan lelaki terbabit berjalan kaki dari HPP hingga ke kawasan Bayan Lepas iaitu jarak kira-kira 25 kilometer.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Pulau Pinang Dr Asmayani Khalib ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara terbabit dan memaklumkan bahawa pesakit itu dibawa balik ke HPP untuk rawatan lanjut.

Lelaki berasal dari Kepala Batas, dekat sini dikesan tiada di katilnya pada 3.20 petang semalam, dipercayai melarikan diri dengan memakai baju dan seluar berwarna putih, manakala gelang pengawasan berwarna merah jambu ditinggalkan di atas katilnya.

Menerusi perkongsian yang tular di laman Facebook, pemuda tersebut yang dipercayai pesakit COVID-19 lari dari sebuah hospital di Pulau Pinang sudah ditemui.

Lelaki berusia 23 tahun itu diberitakan memotong gelang kuarantin sebelum melarikan diri. Ketika dijumpai dia sedang duduk sendirian termenung di tepi deretan kedai.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.