Connect with us

#MalaysiaBaru

Petua Dan Doa Lembutkan Hati Anak Yang Nakal dan Degil

Anak-anak yang masih kecil memang ada macam-macam ragam. Sikap keras kepala dan degil anak kadang-kadang sangat menguji kesabaran ibu dan ayah.

Walaubagaimanapun, ibu ayah seharusnya tak boleh berputus ada kerana doa ibu dan ayah paling makbul untuk anak-anak.

Doa memainkan peranan yang sangat penting dalam pembentukan sesebuah keluarga. Selain usaha-usaha yang perlu kita ambil untuk mendidik anak-anak, doa sangat penting.

Semua perkataan yang keluar daripada mulut ayah dan ibu akan terkesan ke dalam jiwa anak. Segala keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.

Di antara amalan yang kita boleh lakukan untuk lembutkan hati anak-anak yang degil dan nakal ini adalah seperti berikut:

1. Amalkan membaca baca ‘Ya Latif’ sebanyak 7 kali dan dihembuskan kekepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur.

2. Kita perlu banyak bersabar dalam usaha-usaha kita menangani anak-anak zaman sekarang yang begitu aktif. Kita perlu pujuk bukan marah.

3. Baca al-Fatihah, Baca surah Taha ayat 1- 5.

Kemudian baca doa NABi DAUD sebanyak 3 kali –

“YA ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMA) SEBAGAIMANA ENGKAU  LEMBUTKAN NABI DAUD AKAN BESI”  dan hembuskan pada makanan atau minumannya.

4. Untuk suri rumah yang sedang memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”

5. Ini diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini Insya-Allah adalah doa pelembut hati.

Petua untuk anak yang keras kepala, mula-mula sekali ibu ayah kena ambil 3 helai rambut anak atau boleh juga bulu roma tangan dan betis.  Ia berkesan untk merawat hati yang keras, degil dan keras kepala.

Kemudian letakkan 3 helai rambut itu di atas tapak tangan kanan kita dan bacalah doa berikut:

1. Surah Al-Fatihah sebanyak 33, 7 atau 3 kali.

2. Ayat Kursi mengikut bilangan Al-Fatihah yang dibaca.

3. Selawat Syifa’ sekali.

4. Surah Fath (ayat 1-5) mengikut bilangan Al-Fatihah yang dibaca.

5. Surah Thaha (ayat 1-5) mengikut bilangan al-Fatihah yang dibaca.

6. Zikir Ya Halim 1000 kali.

7. Zikir Ya Rahim 1000 kali.

Hembus pada 3 helai rambut atas tangan kita dan boleh buang rambut tersebut. Kemudian gosok kedua tapak tangan kita dan sapu dari atas ke bawah rambut anak sambil baca Al-Fatihah dan berniat untuk melembutkan hati anak.

Buat beberapa kali, Insya-Allah mujarab untuk anak-anak yang degil, hyperaktif, nakal dan selalu tantrum.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.