Ketetapan hakiki, jodoh, ajal dan maut di tangan tuhan. Kita sebagai hambanya perlu menerima dengan hati yang terbuka kerana tiada siapa yang mampu menidakkan takdir Allah
Terkadang, pemergiannya itu tidak disangka-disangka dan kita hanya mampu redha dengan segala ujian.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana hari bahagia yang sepatutnya menjadi sebuah kenangan terindah dengan bunyian kompang, busana perngantin yang indah, suasana keluarga yang meriah bertukar menjadi hari yang paling menyedihkan buat pasangan mempelai ini.
Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok @norchafieqahazrimdapat kita lihat dimana kenduri perkahwinan digantikan dengan kenduri tahlil oleh kerana ayah kepda pengantin perempuan menghembuskan nafas terakhirnya.
Difahamkan, ayah pengantin perempuan tersebut telah meninggal dunia setelah pulang dari pejabat agama bagi urusan pernikahan anaknya.
Video tersebut turut menunjukkan situasi pilu keluarga pengantin yang tidak dapat menahan rasa sedih kehilangan ketua keluarga mereka.
Video yang tular di laman TikTok:
Ketika artikel ini ditulis, vidoe tersebut telah meraih 767.9K tontonan, 72.2K tanda suka, 2038 komen dan 1078 perkongsian di TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut berasa sebak melihat video itu, manakan tidak, hari yang sepatutnya mengukirkan senyuman buat semua atas penyatuan dua hati bertukar menjadi hari yang sangat sedih buat ahli keluarga ini.
Dalam masa yang sama, para netzen juga tidak henti memberkan kata-kata semangat dan mengzahirkan ucapan takziah buat keluarga ini atas ujian yang diberikan.
Bagaimana pun, ada juga segilintir warganet berkongsi pengalaman mereka saat kehilangan orangyang tersayang.
Berikut merupakan komen wargamaya:
“ayah pengantin perempuan sempat lepaskan tanggungjawab dia dekat pengantin lelaki sebelum dia pergi menghadap ilahi”
“dua situasi berbeza tapi berlaku dalam satu masa”
“takdir Allah…”
‘sempat menjadi wali kepada anak perempuannya pada hari yang sama dia pergi”
“dapat lihat anak perempuannya nikah dulu baru dia pergi..”
“sala takziah buat ahli keluarga pengantin..”
Sama-sama kita doakan agar roh ayah kepada pengantin perempuan tersebut dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah (dibaca)