Siapa yang tidak sdih apabila anak yang ditatang bagai minyak yang penuh pergi secara tiba-tiba.
Ini luahan hati seorang ayah yang kehilangan anaknya. Mari kita ikuti perkongsian beliau.
___________
Salam sayang utk kenangan abadi bidadari syurga kami Haisha Rania..
Haisha =kehidupan, sihat, riang.
Rania = kesenangan, kesukaan, ratu.
Pinjaman Allah kpd kami utk setahun sahaja.. 27.5.2018 – 8.5.2019
Fikiran masih keliru, lidah masih kelu. Betapa kami harapkn ini hanya lah sebuah mimpi.
Bgn pagi tercari cari helaian tawa yg biasa dihidangkan kpd kami.
Bagaikn suatu semangat utk kami bile dihidangkan dgn coret wajahnya.
Namun semua itu x kan muncul lg. Kami redha ya Allah dgn Pinjaman ini. Setiap yg hidup akan pasti dipanggil kembali kepada sang pencipta.. Tidak lwt dan tidak cpt sesaat pn.
Rania anak baik, x penah pn kami rasa ssh dgn kehadirannya. Rania x de sejarah kesihatan yg buruk, x penah warded, xde apa2 penyakit.
Pemergiannya btul2 sekelip mata.
Bermula dgn kami rasa demam biasa pd hari jumaat ari tu 2.5.2019. Mlmnya kami bawa ke klinik dan doktor just ckp maybe deman biasa dan ada kemerahan pd tonsilnya.
Seterusnya deman still on off dan kami bawak lg ke KK Beserah pd hari isnin utk blood test.
Doktor yg merawatnya mengesan ada sedikit kehadiran kuman dlm darah dan keadaan masih terkawal.. Just perlu on antibiotic je.. Kami akur Dan ikut apa yg di suruh dgn maintain bg antibiotic on time.
Namun kemuncak pd hari rabu pukul 3am, Rania mula lain dr kebiasaan.. Rania x dpt tido lena, merengek sesekali, tidak mahu tido.. Rania semacam memberi kan isyarat utk kami bersamanya, utk sisa waktu terakhir..
Pukul 8.30am kami ke emergency iium Medical Center.. Terus di rujuk red zone. Keadaan Rania amat kritikal..
Hanya rengekan kecil semacam memangil kami.
Doktor berhempas pulas menyelamatkn Rania dgn melakukan pelbagai prosedur dan cpr.. 10.30 pagi 8.5.2019 dah tercatat di luh mahfuz tentang pengakhirannya..
Kami kelu.. Bagaikn gelap dunia ni bila melihat sekujur tubuh yg kami belai selama setahun tidak bergerak, kaku..
Kami masih mengangap Rania hanya tido utk berehat. Berehat sambil menunggu kedatangan kami di pintu syurga nanti InsyaAllah.. Rania berehatlah..
Papa mama redha dan sentiasa ingat setiap saat kenangan kita bersama.
Hanya gambar, video, pakaian, Rania je menjadi pengubat rindu papa mama skrg.
Sumpah papa dan mama rindu kn mu.