Lagu Casablanca nyata menjadi fenomena apatah lagi bila ianya sering digunakan di applikasi TikTok. Lagu nyanyian Nuha Bahrin dan Naufal Azrin ini juga kini mencecah lebih enam juta tontonan setakat ini. Bukan biasa biasa ya!
Bukan itu sahaja, ianya juga mendapat sambutan bukan sahaja di Malaysia malahan juga di Indonesia.
Bagaimana pun, baru-baru ini kenyataan dari sebuah portal hiburan Indonesia telah membangkitkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen di Malaysia.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @faktanyamusik, mereka menyangka lagu tersebut dinyanyikan oleh penyanyi mereka sendiri memandangkan lirik lagu itu yang kedengaran seperti bahasa Indonesia.
“Menurut kalian itu bahasanya kebetulan emang mirip atau gimana guys?” Ujar admin TikTok tersebut.
Kenyataan yang seolah-olah ingin claim’ lagu viral itu sebagai lagu mereka turut mengundang rasa tidak puas hati netizen.
Meninjau di ruangan komen, netizen akui berang kerana ianya bukanlah kali pertama mereka ingin ‘claim’ lagu viral merupakan lagu berasal daripada negara seberang.
Bukan itu sahaja, netizen juga menyifatkan setiap bait kata-kata yang digunakan dalam lagu tersebut langsung tidak kedengaran seperti lagu Indonesia seperti yang dikatakan oleh Portal Hiburan tersebut.
Antara komen warga maya:
“Dia cakap kekasihku bang, bukan pacarku.”
“Dia expect dialek malaysia ni denyut jentungku berdeber terese indehnye dunie ini kite yeng punye…”
“Sejak bila pulak ada bahasa Indonesia kat lagu ni. Ke telinga aku yang dah tak boleh beza.”
“Asal lagu viral je depa punya hahaha.”
Video yang tular di laman TikTok: