Baru-baru ini seorang Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri di laman Instagram memuat naik video yang ditujukan khas untuk seorang usahawan kosmetik.
Ini kerana menurut Pencetus Ummah itu, usahawan kosmetik itu didakwa sudah keterlaluan.
Mereka bincangkan topik tidak bersesuaian selain aksi dilihat keterlaluan
Difahamkan, usahawan kosmetik itu bersama beberapa rakannya telah buat Instagram Live di platform mereka.
Mereka didakwa membincangkan topik-topik yang tidak bersesuaian dengan lapisan masyarakat, selain ada aksi yang dilihat keterlaluan.
Aksi yang dilihat keterlaluan untuk semua lapisan masyarakat
Tindakan PU Syed itu sebagai menegur usahawan tersebut dan menyeru agar pihak berkuasa tertentu mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.
Menurut PU Syed, dia terkilan dan kecewa dengan tindakan yang dianggap keterlaluan terhadap topik dibincangkan oleh usahawan kosmetik tersebut.
Apa yang lebih membimbangkan lagi apabila perbincangan tersebut dilakukan secara umum di IG Live.
Khuatir kanak-kanak bawah umur tonton content berkenaan
Selain itu jelas PU Syed, beliau turut khuatir apabila terdapat kanak-kanak di bawah umur yang menonton content tersebut.
“Saya nak kupas isu mengenai S***** I**** dan kawan-kawannya.”
“Minta maaf apabila sebut nama ini kita sudah kenal dia agak lantang dan mempertahankan apa yang dilakukan.”
Bincangkan sesuatu yang sangat jijik untuk dibincangkan
“Isu secara live mendedahkan sesuatu yang tak perlu didedahkan. Membincangkan sesuatu yang sangat jijik untuk dibincangkan.”
“Saya seru kepada kerajaan yang memerintah, mereka mendedahkan segala-galanya dan beranggapan mereka berada di pihak yang benar.”
“Ketika mana kita tegur, mereka beranggapan mereka teraniaya dan mereka perlukan sokongan.”
Menghina diri dan maruah agama
Sementara itu, PU Syed turut menyeru kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan.
Ujar beliau lagi, ini bukan kali pertama memberi teguran kepada mereka. Malah, sudah berkali-kali menegur mereka secara lembut tetapi kurang berhasil juga.
Netizen yang menangkat populariti mereka
Yang paling pening sekali ada orang yang menyokong mereka ini. Menyokong produk, membeli produk mereka, mengatakan kita doakanlah buat mereka.
Mereka mengatakan kita hendak menumpang populariti mereka. Siapa yang mengangkat populariti mereka? iaitu netizen sendiri.
Takut bawa contoh buruk kepada masyarakat
Wahai netizen, kamu perlu kenal siapa yang kamu angkat untuk meletakkan mereka ditempat yang tinggi. Sebab takut dia jatuh dan bawa contoh buruk kepada masyarakat.
Kalau rosak akidah, rosak akhlak adalah suatu yang sukar untuk kita berpatah balik dan baiki.
Maka, kalian yang mempunyai kuasa dalam undang-undang negara yang mempunyai kuasa, agama kita perlu hentikan perkara ini dan tak boleh bagi kompromi lagi.
Selamatkan umat Islam di Malaysia
Selamatkan umat Islam di Malaysia, selamatkan nama-nama yang hamba nyatakan tadi.
Hamba mendesak kerajaan untuk mengambil tindakan undang-undang kepada golongan yang sesat ini.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menyuarakan pendapat mereka mengenai isu berkenaan.