Beberapa hari lepas, seorang bayi didapati telah meninggaldunia di Sabah. Namun begitu, terdapat beberapa faktor yang menjadikan sesi pengurusan jenazah tidak dapat dilaksanakan.
Tiada siapa yang sudi memberikan bantuan kepada mereka bagi menguruskan jenazah tersebut walaupun sudah puas bapanya mencari tanah dan imam untuk dikuburkan.
TIADA SIAPA YANG MEMBERIKAN PERTOLONGAN
Pengguna facebook yang dikenali sebagai Abam Botak menyatakan pandangannya bahawa perkara sedemikian tidak sepatutnya berlaku dan dia amat terkesan apabila perkara seperti ini terjadi.
“Saya cintakan keamanan negara saya, saya cintakan nilai persaudaraan, saya cintakan nilai keadilan, saya cintakan seluruh manusia dan juga makhluk tuhan.
“Sebab itu, saya akan cepat terkesan bilamana terdapat perkara yang tidak patut berlaku di depan mata saya.”
JENAZAH BAYI DIABAIKAN
Tindakan penduduk kampung di sana yang tidak melakukan kewajipan sebagai orang muslim hanya kerana mereka tidak mempunyai dokumen dan sumber kewangan yang mencukupi membuatkannya kesal dan sedih.
Bukan cuma imam dan soal tanah sahaja yang menjadi isu, malah pengurusan jenazah juga tidak dapat dilakukan di tempat tinggal mereka.
Manakah hati perut mereka sehingga tergamak melakukan perkara sebegitu kepada jenazah bayi yang baru lahir dan baru sahaja dijemput pencipta-Nya.
“Ingatlah saudaraku. Allah tidak tanya, apa negaramu nanti, dan apa negaranya nanti.
“Tapi Allah akan tanya kita, apakah kita sudah jalankan tanggungjawab kita sebagai muslim.
“Istifarlah, bermuhasabahlah!”
Sebagai seorang islam, sudah menjadi kewajipan sebagai seorang muslim untuk mengetepikan segala isu yang tidak berkaitan apabila melibatkan soal seperti ini.
Walaubagaimanapun, menurut facebook Abam Botak lagi, mereka bersyukur bahawa masih ada insan yang mempunyai hati nurani kerana mengizinkan jenazah tersebut ditanam di sana.
Akhirnya nasib jenazah bayi yang tidak berdosa itu terbela atas ihsan penjaga di Sim Sim, Sandakan, Sabah.