Taktik mengelat untuk membayar tol bukanlah sesuatu yang baru. Malah dapat dilihat sering berlaku sejak akhir-akhir ini.
Macam-macam cara yang dicuba oleh sesetengah pemandu tidak bertanggungjawab ini sehinggakan sanggup menjadi pembuli jalan raya.
Antara helah yang digunakan ialah mengikuti kereta hadapan dengan jarak sungguh dekat lalu memecut laju agar kereta mereka terlepas daripada sensor palang tol.
Persis situasi yang dihadapi oleh seorang pemandu ini apabila sebuah kenderaan berjenama Nissan ingin ‘menumpang’ bayaran tol.
Menerusi perkongsian yang dibuat oleh @fizzazul di TikTok, kereta tersebut sudah menunggu ‘mangsanya’ di bahagian tepi jalan lalu mengekori rapat kereta dipandunya.
Bagaimanapun, lelaki ini bijak mengatur langkah sehingga berjaya mematahkan usaha pemilik kereta berwarna kelabu itu untuk mendapatkan bayaran tol percuma!
Dalam rakaman dashcam yang dimuat naik, lelaki ini menggunakan laluan RFID, menyebabkan pemandu yang mengekorinya berfikir boleh ‘jimat’ duit tol.
Susulan itu, lelaki ini mengambil peluang memaklumkan kepada pihak yang bertugas serta menunggu sekiranya kereta belakang membuat sebarang tindakan.
Buah fikiran lelaki ini menjadi apabila kereta belakang dilihat membuka pintu sekaligus membuatkan dia terus memecut, meninggalkan kereta belakang, memaksanya membayar tol sendiri.
Sehingga kini, tidak diketahui sama ada kereta tersebut memilih untuk membayar tol atau undur semula, menantikan mangsa baru.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyokong tindakan yang dibuat oleh pemandu lelaki berkenaan.
Malah, mereka mengucapkan syabas kerana berjaya ‘mengajar’ individu tersebut untuk tidak culas membayar tol.
Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh warganet di TikTok
“Hhahahhahaahaha thank you kak buat mcm ni sy yg puas hati😂”
“THE BEST!!!!!! puas hatiii wehhhh tgk dia tersekat x boleh keluar .”
“Haha. Buka pintu…. Terus pecut. Kena game”
“Haha. Buka pintu…. Terus pecut. Kena game”
“puas hati tgk member tu tak lepas.. hahaha”
Video yang tular di laman TikTok