Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pub dan kelab malam adalah antara beberapa perniagaan yang masih belum dibenarkan beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di dalam sebuah acara pada semalam (1 September).
Menerusi laporan Malay Mail, beliau turut berkata tidak menjadi masalah jika ianya ditutup sepenuhnya kerana pemilik bisnes itu sukar untuk memastikan agar penjarakan fizikal dijaga dan mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) ang ditentukan.
“Hanya pub dan bar yang masih belum sambung beroperasi, tapi saya rasa mungkin bagus juga jika ianya ditutup terus.”
Tan Sri Muhyiddin berkata demikian ketika memberi respon tentang pemerintahannya sepanjang Covid-19 ini antara pencapaiannya yang paling jelas sejak menjadi Perdana Menteri selain turut berkata beliau menunjukkan bahawa pemerintah berjiwa rakyat.
Malah semasa bercakap mengenai pemerintahan Bersatu, Tan Sri Muhyiddin turut menegaskan bahawa kenaikan kuasanya (sebagai PM) tidak menyalahi undang-undang kerana beliau mendapat sokongan pelbagai pihak di Parlimen.
“Saya tidak pernah merancang untuk merebut (kuasa) atau menjatuhkan sesiapa pun!”
Turut hadir di acara tersebut adalah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan Tan Sri Muhyiddin berkenaan penutupan pub dan bar ketika PKPP memandangkan ianya mustahil untuk melaksanakan penjarakan fizikal.