Ketua Polis Daerah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, suspek pertama berumur 40 tahun ditahan pada pukul 9.45 malam semalam di rumahnya di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.
https://www.facebook.com/kisahceritadanberita/videos/538782439920071/
Menurutnya, lelaki berkenaan akan ditahan reman sehingga 21 Oktober ini.
Suspek kedua pula yang berumur 25 tahun ditahan pada pukul 4.15 petang semalam setelah menyerah diri di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah dan akan direman esok di Mahkamah Majistret Tapah.
“Kedua-dua suspek ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan,” katanya hari ini.
Dalam kejadian 6 Oktober lalu, seorang pekerja stesen minyak di Sungkai dipukul oleh pelanggan kerana dikatakan tersilap mengisi jenis minyak petrol.
Pekerja tersebut dikatakan tersilap kerana mengisi minyak RON 95 sedangkan pelanggan mahukan minyak RON 97.
Rakaman video kejadian itu menjadi viral dan dikongsi ramai pengguna laman sosial khusunya di Facebook.