Connect with us

Viral

Putus Sebelah Kaki, Kakak Gadis Ini Doa Adiknya Tabah Habiskan Belajar

Tatkala ditimpa masalah, ahli keluarga adalah orang pertama yang kita cari. Bukan tu je, mereka juga sentiasa ada dan sudi untuk membantu.

Tak kisah jauh atau dekat, dah kalau namanya keluarga, apa sahaja sanggup dilakukan untuk darah daging sendiri.

Persis seperti kisah seorang kakak yang setia menjaga adiknya yang kehilangan sebelah kaki akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Wanita bernama Elia Aishah ini berkongsi kisah hidup adiknya yang berjuang menjalani kehidupan seharian dengan hanya menggunakan sebelah kaki.

Menurut video TikTok yang dikongsikan, adik kepada wanita ini terlibat dalam kemalangan pada tahun 2018 yang lalu menyebabkan kaki kanannya terputus.

Tambahnya lagi, kaki adiknya terpaksa dipotong sehingga paras bawah lutut dek kerana kaki yang putus tersebut sudah sampai ke paras buku lali.

Setelah selesai pemotongan kaki, adik Elia dibenarkan keluar. Pada mulanya adik Elia bergantung 100 peratus pada kerusi roda dan tongkat patah kaki sementara menunggu kaki palsunya siap.

Dalam pada masa yang sama, adik Elia juga dikatakan rajin melakukan sesi fisioterapi di pusat pemulihan di Melaka.

Pun begitu, kaki palsu yang dibuat tidak dapat bertahan lama. Kaki palsu adik wanita tersebut pecah menyebabkan adiknya tidak selesa untuk berjalan. Oleh itu, kaki palsu dibuat semula.

Walau bagaimanapun, Elia berharap agar adiknya diberi kekuatan untuk menamatkan pengajiannya dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Walaupun belum sampai 24 jam sejak video ini dikongsi, ianya berjaya mengumpul sebanyak 1.4 juta tontonan dan 72 ribu tanda suka!

Video yang tular di laman TikTok

@eliaaishah71 Doakan adik saya kuat habiskan Degree dia yaa ☺️#fypシ #fypage ♬ Tuhan Jaga Dia Untukku – Fiena

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mendoakan kesihatan adik Elia serta memberikan kata-kata semangat. Selain itu mereka juga berharap agar segala urusan keluarga ini dipermudahkan.

Berikut antara komen-komen positif yang diberikan oleh netizen di TikTok

“Moga adik sis tabah dan berjaya dlm khidupan..”

“allahhuakhbar….sebak tgk….semoga adik sis berjaya dlm pelajaran dan kehidupan….”


“she’s a strong woman 💪🏼 semoga dipermudahkan urusan🥰”

“Ya allah kuat nya dia… Semoga sihat2 selalu”

“semoga allah gantikan dgn khidupan yg lbih baik di masa hadapan utk adik sis..amiinn…🥰”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.