Connect with us

Resepi

Rahsia Resepi Nasi Ayam Sedap dan Simple Yang Wajib Anda Cuba

Nasi ayam merupakan sejenis makanan yang dikatakan berasal dari negara China yang sering dikaitkan dengan makanan Malaysia atau Singapura, dan juga ditemui di negara jiran iaitu Thailand.

Nasi ayam Hainan pula dinamakan sedemikian kerana asal-usulnya dalam makanan Hainan dan pengamalannya oleh populasi orang Cina seberang laut bersuku Hainan dalam kawasan Nanyang.

BACA: Resepi Nasi Ayam Hainan Sedap dan Mudah Wajib Anda Cuba

Versi makanan ini yang didapati di Malaysia/Singapura menggabungkan unsur-unsur masakan Hainan, Korea dan Kantonis ditambah lagi dengan citarasa pemakanan di Asia Tenggara.

Daging ayam disediakan melalui kaedah tradisional iaitu merebus seluruh seekor ayam dalam pati tulang ayam, kemudian mengguna semula air rebusan berbanyak kali dan hanya mengisi semula dengan air jika perlu.

Amalan menggunakan air pati tulang ayam ini adalah menurut citarasa orang Cina terhadap penghasilan “pati asal” dimana pati ini tidak digunakan untuk penyediaan nasi.

Ada juga resepi nasi ayam di mana sesetengah tukang masak membubuh santan kelapa ke dalam nasi, meniru gaya penyediaan nasi lemak.

Penduduk asal di Hainan lebih gemar ayam yang tua dan gemuk untuk memaksimumkan amaun minyak yang diekstrak untuk menghasilkan sajian yang lebih sedap rasanya.

Walaubagaimanapun sajian ini mula menerapkan unsur-unsur gaya pemasakan Kantonis seperti menggunakan ayam yang lebih muda untuk daging yang lebih lembut dan segar.

Nasi ayam biasanya dihidangkan beserta dengan pelbagai jenis cecahan, termasuk sos cili dan serbuk halia.

Di Hainan juga sering dihidangkan sos ketiga yang beramuankan sos tiram bercampur dengan bawang putih, manakala kicap pekat lebih diutamakan di Malaysia.

Versi Malaysia bagi cili pula lebih pedas, mencerminkan pengaruh Asia Tenggara, dan boleh juga melibatkan campuran cili dengan bawang putih.

Kebanyakan hidangan nasi ayam ini disajikan dengan hirisan timun, iaitu bayangan bagi citarasa orang Cina yang gemar kepelbagaian untuk sajian yang lebih lengkap.

Nak menghasilkan Nasi Ayam yang luar biasa ‘terasa’ kesedapannya ada cara dan tekniknya.

Jika ingin mencuba kelainan dan menikmati Nasi Ayam ‘sebenar’ boleh cuba resipi oleh Puan Rafiza Idayu ini.

Menurut beliau, cara ini adalah adaptasi resipi Nasi Ayam Kak Laily Subang dan perapan ayam dengan resepi steak Me’nate oleh Tuan Mustaffa Haji Othman, bekas masterchef yang pernah berkhidmat di Istana Buckhingham.

Berikut antara perkongsian tip tersebut:

Nasi Ayam Nampak ‘Mewah’ & Sedap

Tips:

  1. Pastikan rendam beras dengan kunyit dalam 15-30 minit dan toskan. Memadai 1 sudu kecil serbuk kunyit sahaja kerana kita hanya mahu nasi ayam kita kuning krim sahaja. Warna pastel akan menampakkan hidangan kita kelihatan ‘mewah’ dan cantik.
  2. Penggunaan lemak ayam adalah ‘the ultimate secret’ dalam pembuatan nasi ayam. Bahagian paling banyak lemak adalah di bahagian tongkeng ayam. Jangan buang, ambil lemak tersebut untuk digunakan ketika membuat tumis nanti.

Bahan-Bahan:

  • Beras 3 pot (untuk 6-7 orang)
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Kiub pati ayam (pilihan)
  • Bay leaf (atau daun pandan) – untuk wangi
  • Lemak ayam
  • Air rebusan ayam
  • Serbuk kunyit

Cara-caranya:

  1. Mula-mula panaskan lemak ayam dalam periuk nasi di atas dapur dan tutup.
  2. Setelah lemak tadi bertukar menjadi minyak, buang lemak yang tertinggal dan masukkan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk halus.
  3. Kemudian masukkan bay leaf (daun salam) dan kiub pati ayam.
  4. Masukkan beras. Pastikan kita ingat sukatan beras banyak mana sebab nanti air rebusan ayam tadi akan dimasukkan juga sama sukatannya dengan sukatan beras tersebut.
  5. Pindahkan ke periuk nasi.Biar sehingga masak.

Ayam ‘Juicy’

Tips:

  1. Masak air hingga mendidih dan guna api besar. Pastikan didihkan air yang banyak hingga mampu tenggelamkan semua ayam.
  2. Apabila sudah menggelegak baru masukkan ayam. Ayam pilih 2 kg ke atas. Terpulang nak potong 12 ke nak potong 4 ke atau ayam seekor direbus.
  3. Tutup periuk (wajib) dan masak hingga 5 ke 6 minit. (Kalau ayam seekor mungkin perlu tambah 3 ke 4 minit).
  4. Tujuan gunakan air mendidih untuk ‘perangkap, jus ayam agar kekal di dalam daging ayam tersebut.
  5. Asingkan air rebusan ini untuk digunakan buat sup,nasi dan sambal.

Bahan-Bahan:

  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 3 sudu madu
  • 2 sudu sos tiram
  • 1 sudu kicap pekat
  • 1 sudu minyak bijan (pilihan)
  • Sedikit lada sulah

Cara-caranya:

  1. Campurkan semua bahan tadi di dalam satu mangkuk,.Tak perlu letak garam, namun kalau nak masin sedikit, letak garam sedikit sahaja sebab sos tiram sudah masin.
  2. Kemudian perap ayam yang telah direbus tadi dalam 15 minit.
  3. Guna api sederhana kecil, apabila minyak betul-betul panas masukkan ayam, namun jangan masuk banyak sangat.Goreng dalam 5 minit ke 7 minit sahaja.
  4. Terpulang sama ada nak menggoreng, gril dalam oven atau panggang atas arang. Resepi ini boleh digunakan.

Sambal Nasi Ayam

Bahan-Bahan:

  • 6 biji lada merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu jus limau nipis
  • Sedikit halia (anggaran 1 ruas jari kelingking)
  • 4 sudu gula
  • 1 sudu kecil garam
  • Air rebusan ayam 3/4 cawan (200ml)
  • 1 sudu kecil tepung jagung yang dilarutkan dengan 2 sudu air

Cara-caranya:

  1. Blender semua bahan. Masukkan air rebusan tadi.
  2. Masukkan dalam periuk, masak guna api kecil.
  3. Dah mendidih, masukkan gula, garam dan perah limau nipis.
  4. Siap!

Walaubagaimanapu, apa yang paling penting di dalam memasak ini adalah BAHAN paling mahal iaitu IKHLAS dan KASIH SAYANG.

Jika anda masukkan bahan-bahan itu, InsyaAllah itulah resipi sebenar yang membuatkan masakan kita menjadi sedap.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.