Connect with us

Viral

Dikecam Ganggu Privasi TokTi Rakam Keluar Duit Di ATM, Pengguna TikTok Beri Penjelasan

Lumrah menjadi anak seni, pastinya akan menjadi perhatian ramai bila di luar apatah lagi jika ianya merupakan penyanyi nombor satu Malaysia.

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan Dato’ Sri Hajah Siti Nurhaliza Tarudin atau lebih senang disapa TokTi ini. Bukan sahaja penampilnnya yang sopan dan cantik malah TokTi juga merupakan artis yang kurang terpalit dengan kontroversi dek kerana sikap murninya.

Pun begitu, baru-baru ini tular sebuah video dimana seorang pengguna TikTok dikecam kerana berkongsi video memperlihatkan TokTi sedang mengambil duit di mesin ATM mengundang rasa kurang senang Netizen.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @yanaothman, dia merakam momen tersebut sambil memanggil nama Siti Aafiyah yang ketika itu turut menemani ibunya.

“Terserempak dengan Tokti kat ATM be like… Aafiyah, Aafiyah malu-malu la Aafiyah ni” ujar individu dalam video berkenaan.

Memetik laporan mStar, apa yang dikongsi wanita itu menerima teguran netizen yang menganggap tidak wajar dan menganggu privasi penyanyi berkenaan.

Apatah lagi rakaman tersebut dilakukan tanpa izin dan ketika penyanyi itu sedang menjalankan urusan peribadi di ATM.

Oleh kerana kecaman yang hebat dari warga maya, wanita berkenaan memohon maaf dan turut menyahaktifkan fungsi ruangan komen.

Dia juga memberitahu bahawa rakaman tersebut adalah video kakaknya yang terlalu teruja apabila terserempak dengan penyanyi kesayangan ramai itu.

“Saya terpaksa disable comment posting kakak saya terjumpa Tok Ti (Siti Nurhaliza).

“Terlalu banyak komen negatif. Ini hanya momen kakak saya yang sekian lama hendak jumpa Tok Ti.

“Tak sangka pula ramai cakap ganggu privasi. Maaf jika video ini mengganggu anda,” ujarnya.

Sekadar update terkini, individu berkenaan baru sahaja memadam video berkenaan dari laman Tiktok miliknya selepas lebih 14 jam dimuat naik.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.