Mengerjakan solat lima waktu adalah asas yang penting dan ibadah utama bagi umat Islam.
Pelbagai kemudahan telah diajar sehingga kita dapaat menunaikan ibadah solat dengan baik dan istiqamah. Solat juga boleh dilakukan di mana-mana jua asalkan tempat itu bersih.
Beberapa nelayan sedang solat walaupun bergelut ombak kuat
Menerusi perkongsian MANAberita di Instagram, satu video yang menyaksikan beberapa orang nelayan sedang bersolat di atas kapal telah tular di Indonesia.
Mereka sedang menunaikan solat berjemaah di atas kapal
Apa yang mengagumkan adalah apabila kapal tersebut bergelut dengan ombak yang kuat namun itu tidak menyurutkan niat mereka untuk beribadah.
Menerusi video yang dimuatnaik dapat dilihat bahawa terdapat tujuh orang nelayan sedang menunaikan solat berjemaah di atas kapal tersebut.
Tidak solat berdiri kerana dikhuatiri terjatuh ketika ombak kuat
Sementara itu, memetik laporan Merdeka.com, berada di atas dek, mereka tidak melakukan solat sambil berdiri kerana akan dikhuatiri terjatuh disebabkan oleh goncangan ombak yang kuat.
Walaupun dalam keadaan sebegitu, mereka tetap berusaha untuk khusyuk menghadap Yang Maha Esa.
Tubuh mereka seakan bergerak mengikut goncangan kapal
Kelihatan sesekali tubuh mereka dilihat bergerak mengikuti irama goncangan kapal agar ia tetap seimbang.
Selain itu, seorang nelayan juga dilihat sedang berjaga-jaga di tepi kapal. Mereka dipercayai bergilir-gilir mencari rezeki di tengah laut.
Rakaman video tersebut bagaimana pun telah tular di media sosial dan ianya telah menyentuh hati ramai netizen.
Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mendoakan agar mereka dimurahkan rezeki dan selamat pulang ke pangkuan keluarga.