Umat islam perlu sering menonton ceramah agama kerana ingin mendalami lebih lagi tentang ilmu agama agar tidak melakukan kesilapan yang bertentangan dengan ajaran dan syariat islam.
Pun begitu, lain pula dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki berbangsa cina kusyuk menonton ceramah agama mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @mofasad, kelihatan mereka berada di dalam bilik hotel sedang berehat dan ada juga yang menonton Tv.
Pun begitu, apa yang melucukan adalah kawannya yang juga seorang lelaki berbangsa cina sangat tekun melihat apa yang dibincangkan oleh ustaz di dalam Tv.
Tidak cukup dengan itu, seorang lagi rakannya berbangsa melayu islam bagaimanapun sibuk bermain telefon bimbit pada ketika itu.
“Cina tengok ceramah.. yang melayu main phone” ujar lelaki ini di ruangan kapsyen.
Video yang tular di laman TikTok:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.1M tontonan, 200.5K tanda suka, 2002 komen dan 2007 perkongsian di applikasi TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat perkara itu yang mana sepatutnya lelaki melayu tersebut yang perlu lebih kusyuk menonton ceramah.
“I Kristian suami Buddha masa duduk Penang dulu kami rumah berseeblahan dengan surau je bila hari Jumaat ada ceramah petang2 suami suka dengar siap suruh i jangan bsing.”- Netizen
Pun begitu, dalam masa yangsama, ramai yang akui agama lain gemar mendengar ceramah kerana dia mengambil tentang nilai murni yang cuba disampaikan sesetengah penceramah kerana tiada agama yang meminta kita untuk membuat kejahatan malah semua agama mengajar tentang kebaikan.
Berikut antara komen warga maya:
“i layan tau tilawah Al Quran even sepatah kata tak faham”
“banyak ceramah yang berkaitan family, life yang semua orang boleh relate.. all religion teach goodness”
“kawan aku christian dia hafal surah Al Baqarah sebab hari2 dalm kelas baca surah tu.. aku je tak hafal”
“sukar dgr orang non muslim dengar ceramah agama islam.. salute for those yang menghormati agama satu sama lain”
“saya pun kadang suka tengok ceramah apa sahaja berkaitan keagamaan. sebab benda tu melibatkan rohani dan moral”
“Sama macam bos aku.. dia layan ceramah macam layan drama.. hok melayu layan TikTok”