Kejelitaan Leuniey Natasha masih seperti dulu walaupun telah dikurniakan 3 orang anak dan sudah 8 tahun mendirikan rumahtangga.
Kecantikan pemilik nama Nur Eilunie Natasha Jaafar ini sememangnya tidak perlu dipertikaikan lagi.
Penampilannya terselah sejak berhijab
Selain memiliki raut wajah yang cantik, penampilan sopan Leuniey sejak berhijab menyerlahkan lagi keayuan suri hati Khairul Fahmi Che Mat ini.
Apabila diajukan rahsia kecantik dan kemulusan kulit wajah wanita berusia 29 tahun ini dengan nada merendah diri, dia membuka rahsia.
“Dari segi kesihatan dan kecantikan memang penting bagi Leuniey sejak zaman remaja lagi sebab galakan dari ibu Leuniey sendiri”ujar beliau kepada Nona.
Amalkan diet seimbang
“Tak dinafikan memang Leuniey cukup menjaga diet, takutlah bila makin berumur ni kita senang naik berat badan sebab itu Leuniey ambil berat pasal diet seimbang”.
Selain itu, Leuniey suka minum wellness shot buatan sendiri iaitu campuran air kunyit, lemon dan juga halia untuk immune booster.
Malah, dia bukan hanya dilahirkan sebagai seorang wanita yang cantik malah sangat menjaga kurniaan tersebut.
Rahsia lain adalah melakukan rutin penjagaan wajah secara konsisten, dia juga mementingkan kecantikan dalaman dengan melakukan aktiviti senaman sekerap mungkin.
Sikap toleransi dan persefahaman yang baik penting dalam hubungan
Dari dulu sehingga kini, ibu kepada tiga anak ini masih kekal menawan. Ditanya resipi perkahwinan bahagia di samping suami tercinta, Leuniey ketika dihubungi menzahirkan rasa syukur.
“Alhamdulillah takdalah resipi sangat pun. Tahun ni merupakan tahun ke-8 perkahwinan kami, insyaAllah.
“Persefahaman yang baik antara pasangan itu adalah sangat penting. Begitu juga dengan sikap toleransi sesama suami isteri”.
“Sebagai isteri, elakkan daripada buat benda yang suami tidak suka dan hormati suami adalah kunci utama dalam perkahwinan Leuniey dan Apex”.
Bersenam dan shopping bila ada masa terluang
Selain itu, beliau turut berkongsi rutin hariannya. Kalau untuk diri sendiri pula Leuniey lebih suka pergi bersenam atau shopping bila ada masa terluang.
Biasanya Leuniey buat rutin senaman pilates dan gym termasuk buat Live di Instagram untuk kongsi make up tutorial atau sekadar bersembang dengan rakan-rakan IG, ” ujarnnya.
Semoga tip yang dikongsikan oleh beliau memberi manfaat kepada wanita di luar sana dalam menjaga kesihatan dan kecantikan diri.