Connect with us

Selebriti

Rancang Pindah Ke Kuching, Wany Hasrita Akui Masih Kekok ‘PJJ’ Dengan Suami

Dua bulan yang lalu, penyanyi terkenal Wany Hasrita atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah ini telah menamatkan zaman solonya bersama jejaka pilihannya, Mohd Al-Adib Fahmi Harun dengan dua kali lafaz.

Mungkin ada yang tidak tahu, suami kepada penyanyi ini merupakan seorang juruterbang yang berkhidmat di Kuching, Sarawak.

Iospital phone repair gombak

Pun begitu, sebelum ini Wany pernah menjelaskan bakal menjalani hubungan secara jarak jauh kerana suaminya masih bekerja lagi di sana.

Menurut sumber, penyanyi ini mengatakan selepas bergelar seorang isteri dia masih lagi dalam proses menyesuaikan diri dengan tanggungjawabnya dan kehidupan berjauhan bersama Adib.

Tambah Wany lagi, mereka kini telah menjalankan rutin harian masing-masing selepas selesai sebulan cuti berkahwin malah Wany juga baru dua kali balik ke Kuching untuk bertemu suami.

“Sekarang, saya masih lagi dalam proses menyesuaikan diri kerana kami PJJ. Lagi pula, sesudah cuti sebulan selepas majlis perkahwinan itu, kini kami perlu kembali bekerja semula dengan saya di Kuala Lumpur dan suami pula di Kuching, Sarawak..”

“Tak dinafikan, selepas berkahwin, situasi kehidupan memang berubah apabila saya perlu membahagikan perancangan antara kerjaya dan urusan rumah tangga sebaik-baiknya. Malah, diakui keutamaan saya kini lebih kepada rumah tanggalah…”

“Alhamdulillah, suami saya faham dengan keadaan kami yang terpaksa berjauhan sekarang kerana komitmen masing-masing. Buat masa ini, kami juga akan selalu berulang-alik dari Kuala Lumpur dan Kuching,” katanya ditemui pada sidang media Konsert Canggung Datuk Jamal Abdillah, baru-baru ini…” katanya.

Ujar penyanyi lagu ‘Menahan Rindu’, dia menyifatkan perasaan rindu kepada pasangan sememangnya normal lebih-lebih lagi dengan kehidupan jarak jauh. Namun sebelum mendirikan rumah tangga lagi, mereka sudah berbincang mengenai perkara itu dan sedia maklum akan komitmen masing-masing.

“Apapun, sampai masa apabila semua komitmen saya di sini sudah selesai sepenuhnya dan nak ‘settle down’ dengan kerja serta ada anak, saya akan berpindah juga ke Kuching, mengikut suami. Tapi, bukanlah dalam waktu terdekat ini..”

“Banyak perkara yang saya kena uruskan lagi, dan sekarang kami akan terus dengan kehidupan PJJ ini. Bahkan, kami pun okey menjalaninya kerana masing-masing faham dengan komitmen dan sentiasa bertolak ansur..” tambahnya lagi.

Walau bagaimanapun, apabila ditanya soal zuriat Wany memaklumkan dia dan suami tidak membuat perancangan serta menyerahkan rezeki anak kepada Allah tetapi jika diberikan peluang mereka akan menerima dengan penuh kesyukuran.

Continue Reading
Advertisement