Connect with us

Viral

“Rania jangan nangis” Bapa Tunggal Menangis Sambut Birthday Anak Undang Sebak Ramai

Penceraian merupakan sesuatu yang tidak disukai oleh agama Islam tetapi dibolehkan dengan alasan dan sebab-sebab tertentu.

Sering kita lihat jika berlakunya penceraian, ada yang sehingga membuka aib masing-masing, berlaku pergaduhan, berebut hak penjagaan, saling salah menyalahkan dan banyak lagi seolah-olah hilang kewarasan dan pertimbangan.
Iospital phone repair gombak
Pun begitu, yang sering menjadi ‘mangsa’ dalam isu penceraian adalah anak. Perpisahan boleh memberikan impak negatif kepada anak apatah lagi dari sudut kasih sayang ibu dan bapa.

Namun tidak bagi lelaki ini yang tetap mengutamakan anak tunggalnya walau dalam apa jua keadaan sekalipun mencuri perhatian ramai.

Bukan itu sahaja, dia juga masih menjalinkan hubungan baik dengan bekas isterinya demi anaknya, Rania Farisya.

Menerusi sebuah video yang dimuatnaik olehnya di laman TikTok @farismohamad_91, dapat kita lihat lelaki yang dikenali sebagai Faris ini menyambut ulangtahun anaknya bersama beberapa ahli keluarga dan sepupu yang lain.

Bagaimanapun, apa yang membuatkan ramai tersentuh adalah Rania tiba-tiba mengalirkan air mata sebab terharu sekaligus berterima kasih kepada bapanya kerana sentiasa mengingatinya.


Faris yang tidak dapat menahan sebak bagaimanapun turut mengalirkan air mata sambil memeluk anaknya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memuji sikap Faris terhadap Rania malah akui kisah bapa tunggal dan anaknya ini sentiasa menjadi inspirasi kepada semua netizen bahawa bapa juga mampu untuk melakukan segalanya.

“Rania ni seorang yang matang”- Netizen

Sebelum ini juga, Faris sering memuat naik video Rania disolek olehnya sebelum keluar berjalan. Faris turut berkongsi video membawa anaknya bersiar bersama ibu.

Antara komen warga maya:

“Nampak yang rania ni matang dari usia, menghargai orang2 yang ada dengan dia..”


“Jangan nangis2.. happy birthday adik rania..”

“Masalahnya kita yang tengok pun ikut nangis sekali macam mana”


Video yang tular di laman TikTok:

@farismohamad_91Sambut awal dengan semua sepupu. Sedih terharu sebab tak pernah sambut ramai2. Biasa ayah bawa pergi bercuti. Ni ayah tak sihat kita potong kek dengan sepupu2 je.

♬ original sound – RAFALIA – Rania & Faris

Continue Reading
Advertisement