Connect with us

Viral

Rasa Macam Buang Anak, Pemuda Nekad Hantar Monyet Kesayangan Ke Perhilitan Undang Sebak

Ada diantara kita yang menjadikan monyet sebagai haiwan perliharan. Manakan tidak, gelagatnya yang seperti manusia itu membuatkan ia lebih senang dijinakkan bahkan haiwan tersebut boleh menjadi sangat manja membuatkan ‘tuannya’ lebih sayang.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pemuda tidak dapat menahan sebaknya apabila dia nekad untuk menghantar monyet perliharaannya ke habitat asal mencuri perhatian ramai.

Dia yang dikenali sebagai Zulhilmi Razali sempat merakamkan detik-detik terakhir bersama monyet kesayangannya sebelum melepaskannya pergi.

Memetik laporan mStar, Zulhilmi Razali mengakui berat hati untuk melepaskan haiwan yang dijaga sejak berusia dua bulan ketika ditemui di tepi jalan pada 2017. Baginya, monyet yang bernama Sleppy itu sudah dianggapnya sebagai anak sendiri.

“Saya jaga dia dari usia dua bulan, dari kecil dan bawa dia ke mana-mana. Makin lama, makin sayang dengan dia macam anak sendiri.”


“Tapi selepas berbincang dengan ibu dan sepupu, kami rasakan dia patut hidup kat habitat asal dia walau sayang macam mana sekalipun,” katanya

Lebih dikenali sebagai Amy Combie, pemuda berusia 29 tahun itu berkata, walau monyet betina itu manja bersamanya, ibu dan sepupu, ia masih mempunyai sifat haiwan liar.

“Dulu masa kecil, Sleppy memang sangat manja dengan semua orang. Sekarang ni dia hanya manja dengan kami saja. Kalau jumpa kawan saya, masih ada liarnya.”

“Setakat ini, saya dan sepupu tak pernah kena gigit kecuali ibu tapi tak cedera dan tiada insiden melibatkan orang luar,” ujarnya yang berasal dari Bayan Lepas, Pulau Pinang.

“Bila saya keluar bekerja, Sleppy dimasukkan dalam sangkar. Hanya apabila saya berada di rumah, baru lepaskan Sleppy berkeliaran di dalam rumah.”

“Saya pasang CCTV (kamera litar tertutup), jadi boleh tengok keadaan dia. Makin lama tengok makin kasihan sebab terpaksa tinggalkan dia dalam sangkar.”

“Bila dah makin dewasa, makin terserlah sifat liarnya. Takut juga kalau terlepas ke rumah jiran nanti susah untuk saya dan orang lain,” ujarnya.

Sehubungan itu, dia membuat keputusan untuk menghantar monyet kesayangannya ke Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di Cheras, dua minggu lalu.

“Saya terpaksa lakukannya bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk. Kita tak jangka, tapi tak mahu bila berlaku, baru nak menyesal.”

“Saya fikir Sleppy juga patut hidup di habitat asalnya walaupun saya sayang dan jaga dia macam mana sekali pun,” tambahnya.

Dia juga akui bukanlah satu perkara yang mudah untuk melepaskan sesuatu yang sangat dicintai.

“Sebagai pencinta haiwan, perasaan sayang jaga kecil sampai besar itu ada tapi nak tak nak untuk kepentingan bersama, untuk Sleppy, saya sendiri dan orang lain, kena hantar dia balik.”

“Saya kena reda dengan keputusan ini walaupun hakikatnya perasaan tu macam kita buang anak. Saya masih bujang, tapi Sleepy macam anak sendiri.”

“Saya harapkan Sleppy dapat survive di habitat asalnya di hutan. Setiap kali balik rumah tengok sangkar kosong dah tak ada Sleppy, saya jadi sebak,” katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.