Connect with us

Viral

“Rasa macam kena tarik” Terpegun Lihat Bunga Ros Muncul Depan Mata, Dua Gadis Tiba-Tiba Lemas!

Malang tidak berbau, sebab itu lah kita sering diingatkan agar berhati-hati walau dimana jua kita berada terutamanya di kawasan sungai, pantai, air terjun dan juga tasik.
Iospital phone repair gombak
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana niat sekumpulan kawan ini pergi barbekue dengan rakan-rakan bertukar tragedi apabila ada sesuatu berlaku kepada mereka.

Memetik laporan mStar, difahamkan seorang wanita yang dikenali sebagai Shasha Afifi yang bekerja di bahagian pentadbiran di Universiti Putra Malaysia (UPM) lemas akibat tergelincir ketika cuba menyelamatkan rakannya yang juga hampir tenggelam dalam sungai.

Difahamkan, dia sememangnya seorang yang ‘takut air’ termasuklah laut dan sungai kerana pernah ternampak seekor ular semasa zaman kanak-kanak.

Pada awalnya, mereka bercadang untuk pergi Sungai Tekala di Semenyih tetapi tempat tersebut tutup, justeru mereka menuju ke lokasi lain di Hulu Langat.

Walaupun berkunjung pada hujung minggu, sungai di situ agak sunyi kerana pelawat dikenakan bayaran untuk masuk ke kawasan tersebut.

Shasha berkata, ketika tiba, di situ hanya ada dia dan lima rakan yang lain serta sekumpulan penunggang motosikal.

Kejadian Shasha lemas bermula apabila dia sedang duduk di atas batu dan seorang rakannya teruja melihat bunga ros muncul di permukaan air.

“Ada bunga ros terapung atas permukaan air sungai depan dia. Saya pun marahlah dia cakap jangan pegang.”

“Tiba-tiba kawan saya tu lemas, saya pun hulur tangan untuk selamatkan dia. Pada ketika itu rasa macam kena tarik arus.”

“Saya sempat minta dia untuk tidak terus tarik saya sebab takut lemas juga tapi malangnya kami berdua sama-sama lemas juga,” ujarnya.

Dia turut merasakan kakinya tidak dapat jejak ke tanah sebelum diselamatkan oleh seorang kawan lelaki yang pandai berenang.

“Kawan lelaki tu cakap dia rasa macam ada orang tarik saya semula, jadi saya lemas sekali lagi dalam sungai,” katanya yang bersyukur dia dan seorang lagi rakan bagaimanapun berjaya diselamatkan.

Selepas Shasha sedar, kawan-kawannya memberitahu bahawa dia juga meracau, menjerit-jerit walaupun tidak sedarkan diri.

Apa yang membuatkan dia lebih hairan, ketika mereka berdua sedang lemas, kumpulan ‘mat motor’ yang berada dekat situ langsung tidak menghiraukan mereka.

“Saya pelik sebab semasa kami semua sedang bergelut dalam sungai, sekumpulan penunggang motosikal tersebut tidak berikan pertolongan.

“Kami dah jerit minta tolong, tiada yang berikan bantuan. Rasa kecewa sedikitlah,” ujarnya.

Ibu kepada salah seorang daripada rakannya juga membacakan doa di telinganya ketika dia sedang meracau dan keadaannya bertambah baik selepas itu.


Bagaimanapun, keadaan kembali cemas apabila dalam perjalanan pulang Shasha tiba-tiba sesak nafas dan terus dibawa ke Hospital Serdang.

“Seandainya saya pergi ke sungai lagi, saya akan lebih berhati-hati dan jadikan peritiwa ini sebagai pengajaran.”

“Jaga percakapan, tak mahu terlalu seronok. Saya rasa sungai tersebut okay sahaja, kami yang tak berapa jaga percakapan,” katanya.

Klik di sini untuk melihat perkongsian tersebut:

Continue Reading
Advertisement