Tiada seorang pun yang berumah tangga menginginkan penceraian malah berharap perkahwinan yang dibina kekal sehingga ke hujung nyawa.
Namun siapa lah kita untuk menolak segala takdir yang telah tertulis kerana perancangan Allah jauh lebih hebat dari segalanya.
Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita berkongsi tentang kisah hidupnya yang kini bergelar ibu tunggal kepada seorang cahaya mata yang cukup comel.
Menerusi video yang dimuat naik olehnya di laman TikTok @nabielaa.ma’aseh, dapat kita lihat dia menghantar gambar anaknya yang baru sahaja dilahirkan dan meminta suaminya untuk mengazankan anak tersebut namun permintaannya gagal dan Whatsapp yang diberi tidak dilayan.
Lebih kejam, lelaki tersebut langsung tidak datang menjenguk anak dan isteri yang telah pun bertarung nyawa untuk melahirkan zuriatnya.
“Cuma minta azankan baby saya sebagai isteri macam pengemis masa tu.” Ujarnya
Oleh kerana video tersebut menjadi tular, baru lah lelaki tersebut datang untuk menyelesaikan urusan sijil kelahiran anak sebelum mereka sah bercerai selepas sebulan dia melahirkan anak.
“Itu, petama dan terakhir dia datang jenguk anak dia tak sampai sejam pun.” Tambahnya lagi.
Berkongsi lanjut, wanita ini mengatakan bahawa ‘curang’ bukanlah punca utama mereka berpisah kerana memang daripada awal perkahwinan dia berhadapan dengan isu tersebut.
Pun begitu, dia mengambil keputusan bercerai oleh kerana suaminya yang langsung tidak bertanggungjawab serta tidak memberikan nafkah.
Difahamkan kini pihak bekas suami dalam proses untuk membuat saman malu kerana menfitnah terhadap wanita ini namun dengan tegas wanita ini mengatakan dia tidak gentar dan mempunyai 1001 sebab berserta bukti untuk menang jika dibawa ke muka pengadilan.
Dia juga sekeras-kerasnya mengatakan bahawa segala video yang dikongsikan di dalam TikTok bukanlah satu fitnah bahkan ianya kejadian benar yang hanya diceritakan semula.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen bersimpati dengan nasib yang ditimpa ibu tunggal itu dan memberi kata-kata semangat buat dia dan anak.
Antara komen warga maya:
“nanti kalau ex husband datang minta rujuk, plis jangan sis. carilah kebahagiaan sis dgn anak. you deserve better”
“percayalah . suatu hari nanti dia akan menyesal”
“nnti anak dh besar mesti dtg balik dgn alasan rindu padahal time kecik xnk jenguk pun”
Video yang tular di laman TikTok: