Connect with us

Viral

“Rasa macam semangat 1 Malaysia sangat” Gadis Tak Sangka Cubaan Mencari Air Terjun di Buntong Berakhir Sesat di Kuil

Sedang kita mengerah tenaga mencari rezeki di ibu kota, kadang kalanya pasti timbul perasaan ingin berehat seketika daripada kesibukan bekerja.

Iospital phone repair gombak

Ada yang mengambil cuti untuk meluangkan masa bersama kawan, namun ada juga yang berani mencari pengalaman baru seperti bersatu dengan alam.

Persis kisah gadis bernama Sandara Hanayu yang bekerja di bandar cuba untuk melihat keindahan alam sekitar. Bagaimanapun, terdapat kisah disebalik pengembaraannya itu.

Menurut Sandra, dia tersesat ketika sedang mendaki untuk mencari air terjun yang tersembunyi di Buntong, Ipoh, Perak. Menerusi video yang dikongsinya di TikTok, dia malah bukannya tiba di air terjun tetapi kuil!

“Ramai yang tengok video tu salah faham, mereka sangka saya ditahan di kuil tu. Seolah-olah saya duduk di situ bukan di atas kerelaan saya.

“Tetapi itu tak betul, saya yang terima pelawaan mereka untuk rehat di situ.

“Sebelum tu mereka ajak saya makan tengah hari sekali tapi minta tunggu sekejap sebab mereka nak sembahyang,” jelas Sandra.

Pun begitu, Sandra menzahirkan rasa syukur kerana ditemukan dengan sekumpulan orang India di kuil berkenaan.

“Cerita dia macam ni, saya ni seorang solo traveller. Waktu New Year hari tu saya ingat nak pergi Ipoh, Perak untuk makan angin.

“Memang tak ada any proper planning. Apabila sampai sana baru tengok media sosial tempat apa yang menarik ada dekat Ipoh ni.

“Air Terjun Buntong tu saya jumpa dekat TikTok. Nampak macam best tapi kena jungle trekking sikit,” cerita Sandra yang bekerja dalam bidang pemasaran.

Sandra tiba di Air Terjun Buntong tanpa mengetahui selok-belok laluan di situ dan bergantung sepenuhnya kepada aplikasi Waze.

“Saya pergi ke Air Terjun Buntong tu tanpa peneman. Dua checkpoint pertama saya pergi tak ada masalah, saya guna Waze dan memang terus jumpa.

“Tapi checkpoint ketiga saya rasa macam jauh betul nak sampai. Lepas tu kena mendaki tinggi juga bukit tu. Waktu tu saya tak bawa air minuman sebab tak expect sejauh itu.

“Tahu-tahu je dah sampai depan kuil. Keluarga berbangsa India yang ada dekat situ beritahu saya dah terlajak ke depan, checkpoint ketiga ada dekat belakang sana.

“Bateri phone saya waktu tu pun dah nak habis. Kalau saya turun balik cari jalan sendiri dan phone saya mati, lagi sesat saya.” kata Sandra.

Sandra turut menceritakan semangat 1 Malaysia yang ditunjukkan oleh sekumpulan bangsa India di situ yang membuatkannya terharu.

“Mereka sangat welcoming. Mereka sembahyang dalam 15 minit macam itu, lepas tu kami makan tengah hari nasi campur sama-sama.

“Memang energizing rasa dapat minum air dan makan. Saya memang tak makan apa-apa daripada pagi sebelum datang ke Air Terjun Buntong. Silap saya juga.

“Sepanjang saya makan tu mereka memang peramah. Kami banyak berbual. Mereka cerita dekat saya macam mana kuil tu dibina sendiri untuk kegunaan awam, untuk mereka yang menganut agama Hindu,” kongsi Sandra.

Selesai makan, keluarga di kuil itu membawa Sandra ke destinasi air terjun yang ingin ditujunya.

“Nasib baik la ada keluarga tu, jalan nak turun tu memang curam. Saya sampai terjatuh beberapa meter waktu nak turun tu.

“Kalau saya turun seorang tak tahu la apa jadi. Sebaik ada mereka boleh tolong saya navigate jalan nak turun ni.

“Mereka hantar saya sampai ke air terjun dan mereka pun balik. Trip ni memang saya tak dapat lupakan,” kata Sandra.

“Kita di Malaysia sebenarnya dapat hidup secara harmoni. Trip ni buat saya terfikir tentang tu.

“Mungkin ada jenayah sana sini, tapi saya rasa selamat untuk ada dengan keluarga yang saya tak kenal.

“Saya boleh percaya mereka. This is Malaysia,” kata Sandra.

Video yang tular di laman TikTok

@sandrahanayu Speechless. Lari jadual i harini hahahs – What an experience #solotravel #ipohperak ♬ original sound – Sandra Hanayu

Continue Reading
Advertisement