Connect with us

Viral

“Rasa nak cari pengganti..” Suami Berang Isteri Tukar Pampers Anak Kurang 200 Gram, Netizen Tampil ‘Back Up’ Isteri

Dalam pada ekonomi yang tak menentu masa kini, untuk menjaga anak kecil bukanlah satu perkara yang mudah bahkan harga barangan bayi juga kini meningkat dan menyebabkan kos sara hidup juga meningkat.

Susulan perkara tersebut, ramai pasangan suami isteri di luar sana lebih ‘merancang’ untuk mempunyai anak ataupun mengambil pendekatan untuk lebih berjimat cermat.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang suami mengajar isterinya berjimat cermat ketika menukar lampin anak mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @ rudidemaio, lelaki itu memberikan isterinya sebuah penimbang dimana meminta isterinya itu untuk menimbang sehingga 200 gram terlebih dahulu sebelum menukar lampin anaknya.

Apa yang mencuri perhatian ramai adalah, lelaki tersebut siap marah isterinya kerana menukar lampin bayi walaupun beratnya belum mencecah 200gm.


Hal ini kerana menurutnya ianya masih boleh diguna pakai disebabkan masih ringan dan baru mencecah 122 gram.

Lebih melucukan adalah dia sempat mengatakan ingin mengganti isteri baharu gara-gara tindakannya itu.

“Rasa seperti mahu menggantikan isteri sahaja,”tulisnya.

Siapa sangka, para netizen hadir di ruangan komen untuk ‘back up’ isterinya dengan mengatakan sudah tiba masanya untuk menukar suami yang baharu dek kerana sikap kedekutnya itu.

Bukan itu sahaja, malah netizen juga menyifatkan isterinya melakukan perkara tersebut demi kebaikan dan kebersihan anaknya sendiri.

Tidak cukup dengan itu, netizen juga menganggap bahawa suami wanita tersebut hanya memikirkan wang ringgit berbanding kesihatan keluarga tersendiri terutamanya anak.

Antara komen warga maya:

“masa untuk ganti suami yang kedekut”

“baru anak 1 dah macam tu perhitungan”


“pampers anak tak silap kene tukar setiap 3 ke 4 jam”

“sayang ke duit daripada anak”


Akibat menerima kecaman yang begitu hebat, lelaki tersebut bagaimana pun tampil menjelaskan ianya hanyalah sekadar konten semata-mata dan ingin ‘bergurau manja’ bersama isteri tercinta.

Video yang tular di laman TikTok:

@rudidemaioUdah di bilangin Harus tunggu ampe 200 gram baru ganti pamper baru, tapi tiap kali belum 100 gram udah ganti… boros bgt sih 😡😡😡😡. Pengen ganti istri aja…

♬ Pargoy Daun – putri_pass

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.