Connect with us

Selebriti

[VIDEO] “Rasa Nak Tampor Si Opah Ni” Reaksi Peminat Lakonan Sheila Rusly Dalam Drama Bukan Gadis Biasa Kini Trending

Hari ini merupakan hari kedua Umat Islam menyambut Ramadhan biarpun rakyat Malaysia masih menjalani Perintah Kawalan Pergerakan ekoran penularan Covid-19.

Pastinya ketika bulan Ramadhan, pelbagai rancangan disiarkan untuk orang ramai dan salah satu rancangan yang trending adalah Drama terbaru Sheila Rusly.

Trending drama Bukan Gadis Biasa

Menerusi drama bersiri terbaru Akasia, Bukan Gadis Biasa telah mendapat perhatian meluas daripada penonton setia drama tempatan walaupun baru 2 episod ditayangkan.

Drama yang bersiaran di TV3 itu, mendapat pelbagai reaksi baik terhadap lakonan Ayda Jebat, Remy Ishak, Sheila Rusly dan ramai lagi itu.

Watak Sheila Rusly menjadi dalam cerita ini

Menurut pelakon dan penerbit Sheila Rusly , beliau ada berkongsi foto yang memaparkan komen mengenai lakonannya menerusi drama tersebut.

Pelakon berbakat besar itu dilihat turut berkongsi foto komen berkenaan di Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

Ada sesiapa rasa nak tampo Opah? Sabo!! Esuk ep 3 komer😂 #bukangadisbiasa #opahaminah #tv3malaysia #jspictures #sentiasabersyukur #alhamdulillah

A post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures) on

Ada sesiapa rasa nak tampo Opah

Sementara itu, menerusi komen netizen rata-ratanya meluahkan rasa marah dan geram apabila menonton watak Opah Aminah yang dilakonkan ibu kepada dua cahaya mata itu.

“Ada sesiapa rasa nak tampo Opah? Sabo!! Esuk ep 3 komer” #bukangadisbiasa #opahaminah #tv3malaysia #jspictures #sentiasabersyukur #alhamdulillah,” tulisnya.

Lakonan Sheila Rusly dapat pujian

Apa yang menarik adalah, lakonan yang diberikan oleh pelakon Sheila Rusly yang mendapat pelbagai reaksi peminat drama tempatan.

Selain itu, peminat turut memberi pujian terhadap lakonan Sheila yang sangat hebat dan cukup realistik.

Difahamkan, Drama sebanyak 28 episod itu bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di TV3.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.