Terdapat banyak sebab mengapa haiwan seperti kucing ini sering menjadi perhatian dan popular dikalangan masyarakat untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan.
Selain daripada memiliki penampilan fizikal yang comel dan gebu, binatang ini turut membuatkan sesiapa sahaja yang melihatnya terpikat untuk dijadikan sebagai teman istimewa apatah lagi sejenis sukakan perhatian dari manusia untuk bermanja.
Namun terkadang ada juga masanymereka ini sengaja ‘buat hal’ dan hendak menguji kesabran tuannya. Ada sahaja telatah comel mereka yang hendak ditunjukkan.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seekor kucing masuk ke dalam sangkar hamster mencuri perhatian ramai.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @mummyzie75, kelihatan tuannya terkejut dan cuba membawa kucing itu keluar daripada sangkar itu namun si bulu tersebut tetap enggan keluar walaupun berkali-kali tuannya cuba untuk mengangkatnya.
Bagaimana pun, bagi mengelakkan salah faham, wanita ini tampil memaklumkan bahawa kucingnya yang bernama Sushi itu sebelum ini memang tidak dibenarkan masuk atau bermain dengan hamster bagi mengelakkan berlakunya perkara buruk.
Bahkan dia juga mempunyai bilik khasnya tersendiri namun pada ketika itu anaknya terlupa untuk menutup pintu bilik selepas memberi makan kepada hamster dan menyebabkan salah seekor daripada kucingnya terlepas masuk ke dalam bilik itu.
Video yang tular di laman TikTok:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 360K tontonan, 29.5K tanda suka, 321 komen dan 647 perkongsian di TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengn gelagat kucing tersebut yang selamba masuk ke dalam sangkar hamster.
Berikut merupakan komen warga maya:
“Member kecil hidup lagi tak dalam cage tu alah2”
“Real life Tom and Jerry”
“Hahaha comei aihhh..Macam mana dah hamster tuh? Idup lagi ke idok?”
“Hahahaha aku pernah kucing aku golek hamster aku. Hahaha nasib hidup..Dia buat bola hamster tu..Terjerit2 si kecik”
“Update keadaan membe kecik dia tu. Hidup tak tu Sian dia..Trauma membe”