Connect with us

Viral

Remaja 14 Tahun Hilang Tempat Berteduh, Mangsa Penceraian Dihalau Ayah Baru & Konflik Dengan Ibu Tiri

Seorang anak memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa mereka. Oleh itu, ibu bapa seharusnya lebih bertanggungjawab dalam memelihara, mendidik, dan menyara kehidupan mereka lebih-lebih lagi ketika mereka masih di bawah umur.

Iospital phone repair gombak

Baru-baru ini, tular kisah seorang remaja yang sangat kuat berhadapan dengan pelbagai pengalaman pahit setelah ibu bapanya berpisah.

Remaja ini sangatlah kuat kerana berhadapan dengan konflik keluarganya sehinggakan dia tiada tempat untuk berteduh.

Menerusi suatu hantaran yang dibuat di laman Facebook salah seorang aktivis kemasyarakatan untuk Rumah Qaseh Ayah, mengisahkan mengenai seorang remaja yang menjadi penghuni di rumah tersebut.

Apa yang lebih mengejutkan, remaja ini merupakan penghuni yang paling termuda kerana baru sahaja berumur 14 tahun.

Difahamkan bahawa remaja ini merupakan mangsa penceraian, ibunya berkahwin dengan lelaki lain.

Pada awalnya, ayah tirinya itu menerima sahaja kehadiran remaja itu akan tetapi ayah tirinya itu terus bertindak membenci remaja tersebut yang merupakan anak bungsu daripada tiga orang beradiknya.

Dikatakan, ayah tirinya itu membenci dirinya kerana dia bergaduh dengan salah seorang anak kandungnya.

Sampaikan ayah tirinya itu meletakkan syarat pada anak ini, dia menyatakan bahawa dia tidak akan pernah menerima remaja ini dan tidak akan bertanggungjawab atas keperluannya walau sesen sekalipun.

Lebih teruk lagi, dia tidak membenarkan langsung untuk remaja ini tinggal di rumah mereka.

Sewaktu dalam tempoh cuti persekolahan ini, difahamkan ibunya kini sedang dalam proses penceraian dengan lelaki tersebut dan kini berada di sebuah rumah transit untuk kaum wanita yang bertempat di Kuala Lumpur.

Difahamkan, dia pernah ke rumah bapa kandungnya namun timbul pula masalah dengan ibu tirinya.

Remaja ini tiada tempat untuk berlindung, dia akhirnya mengambil keputusan gerak daripada Kuala Lumpur dan tiba di Rumah Qaseh Ayah denmeluagan menggunakan bas ekspres.

Aktivis kemasyarakatan yang dikenali dengan nama Natipah Abu itu meluahkan rasa simpati terhadap anak muda itu, kerana masih muda tetapi harus menghadapi pelbagai cabaran hidup sehingga terpaksa membawa diri.

“Entah apalah perasaan dia agaknya melalui saat-saat sukar dlm hidupnya.

“Dulunya pernah hidup bahagia di sisi ibu. Kini terpaksa membawa diri. Terkorban dan menjadi korban,” tulisnya di hantaran Facebook itu.

Natipah turut menyatakan bahawa mereka akan menjaga sehabis baik remaja itu dan kini remaja itu masih meneruskan pembelajaran di salah satu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Meninjau di ruangan komen, orang ramai menitipkan doa buat remaja ini agar dipermudahkan segala urusan dan semoga masa depannya lebih cerah suatu hari nanti.

Antara komen netizen:

“Allahai sedih rasa baca kisah hidupmu nak😭 Semoga hatimu terus kental penuh semangat untuk belajar..demi masa depan mu demi ibu mu🤲”

“Ujian bagi anak pintar agar dia jadi tabah dan bersedia jasmani, emosi, rohani dan intelek untuk jadi pemimpin negara 20 tahun akan datang.”


Hantaran yang tular:

Continue Reading
Advertisement