Connect with us

Viral

Remaja 15 Tahun Ketagih Ganja, Ibu Nekad Ikat & ‘Tenyeh’ Serbuk Cili Dekat Mata Cetus Perdebatan Netizen

Pengambilan dadah di kalangan remaja pada masa kini sangat lah membimbangkan. Selain memberi impak negatif kepada kesihatan tubuh badan, pengambilan dadah juga menyebabkan seseorang itu mudah hilang kawalan dan mampu melakukan apa sahaja yang tidak tercapai dek akal fikiran.

Bila hilang kewarasan dan pertimbangan dalam diri, mereka cenderung melakukan perkara keji seperti merompak, membunuh, seks bebas dan sebagainya.

Persis kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang ibu sangat kecewa apabila mengetahui anaknya yang berusia 15 tahun ketagih dengan ganja mencuri perhatian ramai.

Menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik di laman Twitter @Krishnamurthy, kelihatan seorang remaja lelaki telah diikat di sebatang pokok sebelum ibunya bertindak menggosok serbuk cili pada matanya dan turut dibantu oleh seorang wanita lain.

Dapat juga kita lihat anaknya itu meronta-ronta kesakitan dan menjerit ekoran rasa pedih yang melampau di bahagian mata.

Dalam video tersebut, turut kedengaran suara jiran tetangga yang berada di tempat kejadian dan menyuruh wanita ini menuang air pada mata anaknya namun dia tidak menghiraukan dan tetap memarahi anaknya.

Bagaimana pun, tali tersebut dibuka apabila anaknya berjanji untuk meninggalkan tabiat tersebut dan tidak melakukannya lagi.

Kejadian tersebut berlaku di Kodad, Telangana dan wanita tersebut tekad melakukan perkara tersebut kerana bimbang anaknya menjadi penagih dadah.

Memetik laporan India.com, tindakan ibu bapa menggosok serbuk cili pada bahagian mata anak bukan satu perkara yang baharu yang terjadi di luar bandar.

Pun begitu, Video tersebut mencetuskan perdebatan di media sosial sama ada kaedah sedemikian berkesan untuk mengurangkan kes ketagihan dalam kalangan remaja.

Video yang tular di laman Twitter:

Antara reaksi warga maya:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.