Connect with us

Semasa

Remaja 17 Tahun Ditahan Polis, 25 PATI ‘Disumbat’ Dalam Vellfire

Kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) menimbulkan banyak masalah dalam negara. Hukuman yang sewajarnya hendaklah diberikan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab menyeludup PATI ini masuk ke dalam negara kita.

Begitu juga dengan kes baru-baru ini, seorang remaja berusia 17 tahun ditahan oleh pihak polis kerana menyeludup 25 PATI.

Mengikut laporan Berita Harian, 25 warga Myanmar itu ditemui bersama-sama seorang remaja tempatan berumur 17 tahun di dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Vellfire yang dipandunya di Taman Sri Kuching.

Mereka ditemui kira-kira pada jam 12:05 tengah hari ketika rondaan dilakukan oleh sepasukan anggota polis dari Balai Polis Jinjang bersama ketua balai, kata Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai.

Menurut KP Beh, Toyota Vellfire yang dipandu oleh remaja terbabit dipandu dalam keadaan mencurigakan ketika rondaan dilakukan.

Apabila anggota polis menghampiri kenderaan tersebut, suspek terus memecut laju dan tidak mahu berhenti walaupun sudah diarahkan untuk berbuat demikian.

“Anggota polis mengejar MPV itu dan apabila tiba di Jalan Selinsing, kenderaan itu merempuh sebuah motosikal ditunggangi anggota polis yang sedang mengejarnya sehingga terbabas. Bagaimanapun, anggota polis terbabit tidak cedera.

“Suspek turut melanggar tiga kenderaan milik orang awam di lokasi kejadian, sebelum kenderaan itu berjaya ditahan,” jelasnya dalam kenyataan hari ini.

Menerusi kenyataan beliau, pemeriksaan menemukan 25 PATI itu terdiri daripada 19 lelaki dan enam wanita berusia 15 hingga 39 tahun.

“Siasatan awal mendapati, pemandu MPV seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang tidak mempunyai lesen memandu dan pemeriksaan mendapati kenderaan dipandunya menggunakan nombor pendaftaran palsu.

“Seorang penumpang hadapan yang juga lelaki tempatan didapati berjaya meloloskan diri ketika kemalangan berlaku.

“Suspek mendakwa dia dan seorang lagi rakannya yang melarikan diri bertolak dari Rantau Panjang menuju ke Kuala Lumpur pada jam 3 pagi semalam untuk menghantar semua PATI itu mencari pekerjaan.

“Setiap PATI didakwa perlu membayar RM6,000 seorang kepada tekong yang membawa mereka ke negara ini bagi tujuan mendapatkan pekerjaan,” jawab KP Beh.

Berdasarkan satu hantaran yang dibuat di laman Facebook pengguna Polis KL, memaparkan kenyataan Media Ketua Polis Daerah Sentul berkenaan kes tangkapan penyeludupan migran (ATIPSOM) beserta gambar-gambar kejadian tersebut berlaku.

Menurut Eng Lai, semua suspek yang direman bermula hari ini akan membantu siasatan mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

“Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan,” tambahnya lgi.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.