Mungkin segelintir daripada kita terlalu sibuk bekerja sehingga terlepas pandang tentang tarikh luput kad bank kita. Bila nak buat pembayaran dekat kaunter baru perasan kad dah expired.
Ada juga yang malas nak renew kad bank sebab kena beratur panjang di bank dan memakan masa yang lama. Tapi korang tahu tak sebenarnya ada cara yang lebih mudah untuk kita perbaharui kad bank kita?
Baru-baru ini seorang lelaki dengan nama Ejal telah berkongsi cara untuk renew kad bank yang sudah tarikh luput dengan menggunakan mesin sahaja. Masa yang diambil juga singkat malah tidak sampai 5 minit!
Menerusi video yang dikongsi Ejal, difahamkan kita hanya perlu memasukkan kad yang lama kemudian ikut sahaja arahan yang disuruh untuk langkah seterusnya. Ejal turut memesan supaya pastikan kad pengenalan boleh dibaca bagi memudahkan mesin mengesahkan pemilik kad bank tersebut.
Pun begitu, mesin tersebut dilihat hanya boleh memperbaharui kad Maybank sahaja. Mungkin ada mesin ataupun kaedah yang lebih ringkas yang disediakan oleh bank-bank lain bagi menyenangkan pelanggan mereka.
Selain menjimatkan masa tanpa perlu berasak-asak dengan orang ramai di bank, ianya suatu inisiatif yang bijak kerana dapat melancarkan lagi proses penukaran kad bank.
Video berinformasi tersebut berjaya meraih perhatian ramai dengan mengumpul tontonan sebanyak 2.8 juta kali dan 261.3 ribu tanda suka!
Video yang tular di laman TikTok