Replika Jubah Nabi Adam Setinggi 29 Meter Di Masjid Bukit Jelutong!
Satu tweet di laman Twitter milik Ahmad Fadli pada 22 November lepas, replika jubah Nabi Adam sedang dipamerkan di Masjid Bukit Jelutong, Shah Alam.
Replika jubah Nabi Adam yang setinggi 29 meter ini pernah menjadi tarikan utama Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam Antarabangsa Putrajaya (PIIACUF) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada November 2016.
Menggunakan kain sepanjang 480 meter dan 2,000 meter benang, jubah ini merupakan simbolik kepada pakaian Nabi Adam seperti yang diceritakan dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah.
Dalil Tinggi Nabi Adam
Replika jubah Nabi Adam ini dipamerkan dengan tujuan mengajak masyarakat mengenali Nabi Adam sebagai manusia pertama yang diciptakan oleh Allah.
Dipamerkan bukan sekadar untuk memperlihatkan saiz Nabi Adam sebesar iaitu 60 hasta, tetapi juga untuk memperlihatkan dan menunjukkan kekuasaan Allah SWT sebagai Tuhan Yang Mencipta Seluruh Alam Semesta.
Buat mereka yang ingin melihat replika jubah Nabi Adam ini secara dekat bolehlah ke Masjid Bukit Jelutong, Shah Alam.
Untuk mengetahui tempoh berapa lama replika ini dipamerkan, anda bolehlah berhubung dengan pihak masjid di sini.