Connect with us

Resepi

Ini Resepi Biskut Cokelat Ala Famous Amos Paling Mudah dan Simple Yang Boleh Buat Sendiri di Rumah!

Siapa yang tak kenal dengan biskut Famous Amos kan? Kalau tak pernah makan pun pasti pernah bau coklatnya yang sangat sedap di pusat membeli-belah.

Biskut Famous Amos adalah jenama biskut yang diasaskan di Los Angeles, Amerika Syarikat pada tahun 1975 oleh Wally Amos.

Sedikit Info Berkenaan Famous Amos

Syarikat Famous Amos ini berkembang dengan sangat pesat dimana ianya mampu menjual lebih dari USD1 juta nilai biskut pada tahun kedua.

Pada 10 Mac 1975, Willy Amos mengambil nasihat daripada beberapa orang kawannya dan USD25,000 dari penyanyi terkenal pada ketika itu, Marvin Gaye dan Helen Reddy,

Dengan wang tersebut, Willy Amos membuka kedai di Hollywood, Los Angeles dn menamakannya “Famous Amos “.

Pada tahun pertama dia menjual biskut bernilai USD300,000, diikuti oleh lebih daripada USD1,000,000 dalam jualan pada tahun kedua operasi kedai itu.

Menjelang tahun 1982 pendapatan syarikat mencapai $ 12 juta

Resepi Biskut Cokelat Ala Famous Amos

Bagi anda yang ingi mencuba membuat sendiri biskut coklat ala-ala Famous Amos, ini adalah resepi yang paling simple dan mudah untuk anda ikuti.

Perkongsian resepi biskut Famous Amos ini adalah daripada laman Azie Kitchen.

Selamat mencuba!

Bahan 1

  • 1 biji telur gred B
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu besar susu segar @ susu tepung
  • 1/2 sudu kecil vanilla extract
  • 1/4 cawan gula kaster
  • 1/2 cawan gula perang
  • 1/2 cawan mentega (~+75 gm)
  • 1/2 cawan minyak jagung

Bahan 2

  • 2 cawan tepung gandum (di ayak)
  • 1 sb serbuk koko (di ayak)
  • 1 sb tepung jagung (di ayak)
  • 1/2 sk cream of tartar Nona (boleh ganti dg 1/2 sk cuka/ jus lemon)
  • 1/2 sk soda bikarbonat
  • 1/2 cawan walnut cincang/almond nib (blh ganti biji bunga matahari)
  • 1 cawan semi sweet chocolate chips

Cara cara membuat biskut Famous Amos:

1. Satukan kesemua Bahan 1 ke dalam mangkuk besar. Satukan sehingga sebati dengan menggunakan whisk.

2. Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbonat dan serbuk cream of tartar.

3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Kacau dengan menggunakan spatula. Lepas tu, masukkan walnut dan chocolate chips. Adunan agak lembik.

4. Sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat bulat ke dalam loyang. Jarak jarakkan kerana biskut akan mengembang. Loyang tak perlu dilenser mentega pun.

5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160C selama 15-20 minit. Saya bakar selama 20 minit.

6. Angkat dan sejukkan di atas jaring.

7. Siap!


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.