Connect with us

Viral

“Patutnya Ramadhan fokus ibadah,” Dituduh Terlalu Obses Buat Video Masakan, Ada Yang Tak Puas Hati Dengan Khairul Aming

Sepanjang bulan Ramadhan ini, seperti yang diketahui umum pelbagai resepi akan dikongsikan di media sosial.

Dari resepi berbuka puasa, resepi juadah moreh, resepi ringkas untuk bersahur hingga resepi kuih muih dan juadah hari raya akan berlegar di media sosial sepanjang bulan ini.

Kemeriahan Ramadhan dan kehangatan menjelang Syawal menjadikan ia seperti tradisi setiap tahun.

Khairul Aming kongsi pelbagai resepi sepanjang Ramadhan

Seperti juga seorang personaliti media sosial yang mempunyai hampir 3 juta pengikut di laman Instagram Khairul Aming turut berkongsi pelbagai resepi istimewa sepanjang Ramadhan kali ini.

Resepi yang ringkas dan mudah yang dikongsikan oleh beliau menerusi klip video dengan tagline ‘hey wassap guys’ itu pastinya sering berlegar di media sosial anda juga.

Terlalu obses dengan content masakan 

Namun begitu, disebalik perkongsian resepi beliau yang akan dimuat naik setiap hari itu ada juga yang mengutarakan pendapat yang kurang enak di laman Twitter.

Posting berkenaan mempersoalkan apa yang dilakukan oleh Khairul Aming itu akan mengganggu perjalanan ibadah personaliti media itu sepanjang bulan Ramadhan.

Sepatutnya fokus pada ibadah

Tanda disangka dalam ramai yang menantikan video 30 Hari 30 Resepi oleh personaliti media sosial iaitu Khairul Aming, rupa-rupanya ada yang bitter selama ini.

Menerusi satu twit yang dimuat naik oleh akaun Twitter dikenali sebagai @XXXbyefelicia , menunjukkan ada seorang pemuda yang meluahkan pandangan peribadinya mengenai chef media sosial tersebut.

“Terlalu obses sangat dengan content masakan dia sepanjang Ramadhan ni yang mana sepatutnya fokus pada ibadah.”

“Kalau nak hasilkan content ni shoot before Ramadhan & during Ramadhan hang boleh fokus pada hang punya ibadah.”

Video diambil sebelum bulan Ramadhan

Terdahulu, Khairul Aming ada memberitahu bahawa video tersebut sudah diambil sebelum bulan Ramadan.

Menurut beliau lagi, video resepi tresebut hanya perlu dimuat naik di laman Instagram mengikut tarikh yang sepatutnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menyebelahi Khairul Aming dan meminta agar pemuda berkenaan tidak mereka cerita seperti demikian kerana ia sudah dianggap keterlaluan.

Hasilkan content merupakan kerja harian beliau

Ada juga yang berpendapat menghasilkan content memasak merupakan kerja harian Khairul Aming dan tidak salah sama sekali sekiranya beliau sering memuat naik video masakan dan makanan.

Jika kita tidak pasti, jangan kongsi antara tagline yang sering digunakan untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai jangan sesekali berkongsi sesuatu yang tidak pasti di media sosial kerana maklumat yang dikongsi boleh tersebar luas tanpa kesahihan.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.