Connect with us

Resepi

Rahsia Resepi Tomyam Campur Pekat Seperti di Restoran, Wanita Ini Tunjukkan Cara Membuatnya

Tomyam dah jadi makanan wajib bagi kita orang Malaysia. Siapa je yang tak suka tomyam, tak kisah lah sama ada tomyam ayam, tomyam campur atau tomyam seafood, lagi-lagi yang dibuat oleh orang Thai.

Biasanya kalau kita teringin nak makan tomyam, pasti kedai makan siam atau tukang masak dari negara seberang itu yang menjadi pilihan.

Tomyam dari Thailand memang lain dari yang lain, orang kata memang ‘piaww’ dan tak sama dengan cara yang kita selalu masak.

Selalunya bila kita cuba buat sendiri di rumah, memang takkan jadi sama macam dekat kedai. Pelik kan?

Rahsia resepi tomyam campur yang sedap, pekat dan pedas macam di restoran dikongsikan oleh Dina Amalia Nordin.

Resepi Tomyam sedap dan pekat ini sebenarnya menggunakan pes tomyam dari Thailand. Sebab itu sedap! Jadi lepas ini dah tak payah berhabis duit makan di restoran kalau nak merasa tomyam yang sedap dan pekat.

Jom kita ikuti perkongsian dari Dina Amalia ini.

__________________

Post kali ini panjang sikit sebab ramai yang tanya macam mana saya masak tomyam sedap (orang yang cakap tau bukan saya kehkehkeh).

Di sini saya nak reveal resepi rahsia dan tunjuk bahan-bahan dan cara-cara masak tomyam. Inii cara saya lah ya. Lain orang lain cara ya.

Untuk tomyam, saya akan make sure dia pedas, masam dan pekat. Tekak saya mmg suka yang masam.

Okay biasanya saya masak tomyam ayam sebab senang dan tak perlu tunggu lama nak empuk mcm daging.

Saya nak bagi tahu awal, pes tomyam ni Thailand punya dan ia halal ya. Kat belah selatan sini takde jual. Kalau ada pun diorang pergi ambil stok di Siam sana.

Pes tomyam brand ‘Madam Pum’ ini sedap dan di bahagian utara sana dan negeri yang dekat dengan sempadan sana memang senang dapat.

Bahan-bahan:

  • Bawang besar belah 4
  • Cili api (ketuk)
  • Daun ketumbar @ corriander leaves
  • Daun limau purut
  • Serai (diketuk)
  • Air asam jawa @ pes asam jawa
  • Cili boh @ cili kisar
  • Pes tomyam “madam pum” (sebab brand ini ternyata sedap!)
  • Ayam/daging/udang/sotong
  • Lobak
  • Kobis bunga
  • Baby corn
  • Daun saderi
  • Tomato belah 4
  • Cendawan

Cara Membuat Tomyam:

1. Mula-mula masukkan air, bawang besar belah 4, cili api dan didihkan. Kemudian masukkan cili boh cili, tunggu hingga mendidih.

2. Masukkan pes tomyam (pes ni kalau kedekut pun nanti tak rasa, mula la komplen kenapa eh tomyam kita tak sedap)

3. Kemudian masukkan ayam dan tunggu hingga mendidih supaya ayam empuk sikit. Selepas itu, masukkan serai yang diketuk, daun limau purut, lobak dan pes asam jawa adabi. Masa ini boleh rasa dulu masam dan masin dia semua.

4. Seterusnya masukkan garam dan sayuran lain (baby corn + cauliflower + celery). Kemudian, masukkan cendawan (button mushroom + straw mushroom + oyster mushroom + enoki mushroom) dan tunggu hingga mendidih. Masukkan tomato dan kacau sekejap.

5. Akhir sekali tutup api dan kemudian masukkan corriander leaves @ daun ketumbar.

6. Siap!

Saya masak tomyam tak pernah tumis. Sebab pes dah berminyak, kat ayam pon sama. So lebur je semua.

Saya masukkan cili boh untuk dapatkan warna merah cantik dan pedas. Daripada guna perahan limau, saya suka guna asam jawa sebab lebih sedap, lebih masam dan lebih pekat.

Selamat mencuba ya!

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.