Berpuasa selama sebulan dalam bulan ramadhan juga dituntut oleh islam dan mempunyai pelbagai kebaikan apabila terutamanya ia mengajar kita erti bersyukur.
Pun begitu, pada bulan ini tiada lagi geng yang famous selain ‘geng plastik hitam’ yang mana merupakan geng yang ponteng puasa dan membeli makanan pada waktu siang secara senyap-senyap malah menyorokkannya di dalam plastik hitam.
Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana penjual makanan yang bersubahat dengan orang yang seringkali ponteng puasa tidak lagi menggunakan plastik hitam sebaliknya menjual makanan dalam plastik berwarna lain bagi membungkus makanan yang dibeli.
Memetik laporan Harian Metro, Perkara itu didedahkan oleh pegawai agama daerah Kubang Pasu, apabila serbuan dijalankan di 5 lokasi sekitar daerah tersebut.
Lebih mengecewakan, ada juga kedai yang menjual makanan berserta dengan pakej minuman bagi golongan yang tidak berpuasa.
Dapat kita lihat mereka bertempiaran lari gara-gara takut dicekup oleh pihak berkuasa apabila diserbu di sebuah kedai makan.
Video yang tular di laman TikTok:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 20.8K tanda suka, 1173 komen dan 2455 perkongsian di applikasi TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memberikan pendapat masing-masing dimana ada yang menyokong tindakan pihak berkuasa dalam membendung isu ini malah ada yang menyifatkan menangkap orang yang bungkus makanan adalah tangkapan prasangka semata2 dan bukan cara islam yang perlu bukti zahir dan terang.
Berikut antara komen warga maya:
“bawa balik makan kat office ke tu”
“berkoba lari..puasa setahun sekali pun tak boleh ke..”
“tengahari dah jual macam2.. pantau..”
“biasanya diorang berlakon balik nak bagi situasi tu real dalam berita”