Connect with us

Filem

Review Filem Crazy Rich Asians

Filem Crazy Rich Asians mula ditayangkan pada 23 Ogos di pawagam Malaysia. Filem ini sudah pun ditayangkan di luar negara sejak pertengahan Ogos lagi dan sambutan daripada para penonton amat baik.

Crazy Rich Asians menjadi juara carta filem pecah panggung di AS selama dua minggu berturut-turut sejak ia mula ditayangkan.

Filem: Crazy Rich Asians
Pengarah: John M. Chu
Pelakon: Henry Golding, Constance Wu, Michelle Yeoh, Gemma Chan, Awkwafina, Tan Kheng Hua, Lisa Lu dan Pierre Png.
Genre: Komedi Romantik
Durasi: 121 minit
Pengedar: Warner Bros. Pictures
Tarikh Tayangan: 23 Ogos 2018

Trailer Crazy Rich Asians

Kalau anda masih belum menonton filem ini, sila baca review Crazy Rich Asians ini yang kami kongsikan di bawah. Review ini telah ditulis oleh Afil Jefri di laman FB beliau.

______________________

Review Crazy Rich Asians

Disgustingly rich Asians! Hahahaha.

Aku baru sempat menonton filem Crazy Rich Asians dan banyak benda menarik dipaparkan dalam filem ini.

So, aku share sikit beberapa benda menarik yang dipaparkan dalam filem ini.

1. Henry Golding membanggakan Malaysia di samping seorang lagi living legend Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh. Dua-dua punya lakonan tak kurang hebat cuma Henry masih boleh diperbaiki lagi. Henry siap order sate, “Sate 20. 10 ayam, 10 daging,”.

2. Babak pertama, kita disogok dengan sifat racist Mat Saleh terhadap Asian. Namun, berjaya dipatahkan dengan jelingan Aunty Eleanor Young lakonan Michelle Yeoh.

3. Tahap kekayaan keluarga Young adalah sekaya-kaya makhluk. Kiranya, Temasek mereka punya. Dia punya kaya sampai satu pulau kenal nama family dia.

4. Bukan hanya keluarga Young, tapi kawan-kawan dia pun kaya nak mampus. Paling jelas waktu mereka mengadakan parti bachelor. Over the top!

5. Lokasi yang dijadikan latar belakang pun vass ye. Selain Singapore, penggambaran dijalankan di Langkawi, KL dan Penang.

6. Rumah keluarga Young sebenarnya adalah dua buah mansions di Carcosa Seri Negara, KL. Tapi, dalam filem tu, nampak gah ya amat. Siap laluan masuk berlingkar-lingkar di dalam hutan. Shot dari atas guna drone tu memang memukau betul.

7. Scene kononnya di West Village, Manhattan tu pun sebenarnya di KL dan Penang saja. Haha. Tapi, tak kantoi langsung. Aku pun mati-mati percaya itu di negara orang putih. Scene Astrid, sepupu Nick beli barang kemas tu pun sebenarnya di St Regis, KL.

8. Bachelor party kononnya dalam kapal kontena di tengah-tengah laut, sebenarnya di parking lot area KL dan bachelorrette party, sebenarnya di Four Seasons, Langkawi.

9. Scene pertarungan mahjong sambil mencarut antara Rachel dengan bakal mak mentua dia pun sebenarnya di Penang, manakala scene pujuk memujuk dalam flight antara Nick dan Rachel, di KLIA.

10. Pierre Png bertambah hot berbanding karakter dia sebagai Phua Chu Beng dalam siri popular Phua Chu Kang. Selain Pierre, Tan Kheng Hua yang jadi bini dia dalam PCK pun ada, tapi berganti lebih tua sebab jadi mak kepada Rachel.

11. Majlis perkahwinan dalam gereja sangat vass ye! Tetamu dalam church macam duduk dalam sawah padi. Pengantin lalu ke aisle, lantai berair ye. Kau mampu air mengalir masuk ke tengah-tengah church dengan dekorasi mewah! Kau kena tengok scene ni sebab sangat epik! Wajib!

12. Banyak babak yang menunjukkan sikap Asian yang suka membawang. Gosip menular dengan sangat pantas sepantas kentut! Hahahaha. Lagi satu, walaupun bukan saudara, kita tetap panggil aunty dan uncle walaupun tak kenal.

13. Aku suka lakonan Gemma Chan sebagai Astrid, sepupu kepada Nick. Dahlah cantik, kaya raya pula. Laki elok, anak comel. Sangat classy dengan accent dia. Lakonan Awkwafina sebagai Peik Lin pun vass! Sangat ala-ala black girl tapi versi Asia.

14. Ada karakter salah seorang aunty tu, macam Siti Kasim! Hahahaha. Kau kena tengok.

15. Dalam kata lain, Crazy Rich Asian coraknya filem Hollywood, tapi penampilannya versi Asia. So nice.

16. Secara tak langsung, buka mata Mat Saleh yang memandang rendah Asian yang sebenarnya kaya, tak semestinya dari segi wang ringgit, tapi budaya, makanan dan tempat menarik.

17. Akan ada sekuel dan khabarnya, penggambaran sudah dimulakan. Aku tak pasti sama ada ini benar atau khabar angin. Yang pasti, akan ada sambungan.

So, kepada Asians sekalian. Pergilah menonton filem adaptasi daripada novel ini sebab tak akan rugi. Banyak scene yang akan buat kau keluarkan perkataan, “Woahhhh!”, “Omg!”, “Oh, shit,” dan macam-macam lagi.

Ia bukanlah filem yang akan buatkan kau kena berfikir sejenak ku termenung, awan pun mulai murung, tiada siulan-siulan burung-burung, tapi straight forward.

Untuk Crazy Rich Asians, aku bagi 4.5/5. Tapi, minat orang kan subjektif. Aku rasa okay, mungkin ada orang lain rasa tak okay. Begitulah kehidupan. Hempas datang lagi. Hempas datang lagi. Hempas datang lagi. Cantik!

Nota kaki: Kalau ada yang lebih menjurus ke arah filem peperangan, tembak menembak, pergaduhan, kejar mengejar, penggunaan senjata api, gangsterisme dan sebagainya, ini bukan filem yang sesuai.

____________________

Sinopsis Crazy Rich Asians

Crazy Rich Asians menceritakan mengenai Rachel Wu yang merupakan seorang professor muda jurusan ekonomi yang lahir di Amerika Syarikat. Suatu hari Rachel memutuskan untuk menemani teman lelakinya Nick Young pulang ke kampungnya di Singapura bagi menghadiri majlis perkahwinan sahabatnya.

Sebelum ini, Rachel beranggapan bahwa Nick hanya merupakan seorang yang berstatus biasa sahaja namun segalanya terbongkar apabila mereka tiba di Singapura dan Nick sebenarnya merupakan seorang jutawan. Konflik mula timbul setelah segalanya didedahkan apatah lagi ibu Nick seperti tidak merestui hubungan mereka.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.