Tidak dinafikan kos sara hidup semakin meningkat tahun demi tahun.
Berlakunya kenaikan harga barang justeru memberikan impak sedikit sebanyak terhadap kalangan pembeli dan juga penjual.
Bagaimanapun, sebagai pembeli juga kita haruslah menilai harga sesuatu barangan itu berpatutan sebelum membelinya.
Terbaru, tular sebuah video mengenai seorang lelaki yang membandingkan harga dua bungkus nasi lemak yang dibeli di sebuah gerai tepi jalan sehingga mencetuskan perdebatan dalam kalangan warga netizen.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @han_aziz_ di laman TikTok, lelaki itu telah membeli dua bungkus nasi lemak yang ‘total’ harganya bernilai RM 40.
Difahamkan untuk bungkusan pertama, dia dikenakan caj RM 18 berlaukkan sambal sotong, ayam goreng, telur mata dan nasi tambah.
Manakala bagi bungkusan kedua pula, dia dikenakan caj RM 22 untuk lauk ayam goreng, sotong sambal, daging rendang dan juga nasi tambah.
Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video berkenaan telah menerima 890.4K tontonan, 19.5K tanda suka, malah komen pula telah ditutup oleh pemilik akaun tersebut.
Video tersebut turut dimuat naik semula di Twitter oleh @jllmisai, dengan kapsyennya “Murah ke mahal? Cuba kamu jawab dengan jujur.. 🤔”.
Menjengah di ruangan komen, orang ramai memberikan pandangan masing-masing mengenai harga nasi lemak tersebut.
Ada yang bersetuju bahawa harga yang dibayar itu berpatutan dengan lauk yang diambilnya, akan tetapi ada juga yang berpendapat bahawa nasi lemak itu ‘cekik darah’ harganya.
Antara komen netizen:
Video TikTok yang tular: