Connect with us

Semasa

Rezeki Order Burger Untuk Hari Jadi Isteri, Pakcik Romantik Dapat Sponsor Kek Mewah

Baru-baru ini, telah tular satu kisah dimana seorang pakcik telah membeli burger gerai untuk isteri tersayang bersempena dengan hari ulang tahun bidadarinya itu. Dia tidak sempat membeli kek memandangkan sudah larut malam dan mengambil keputusan singgah di kedai makan makanan barat untuk membeli burger. Burger gerai dah diganti dengan kek mewah Kisah tersebut telah mendapat […]

Beberapa hari lepas telah tular satu perkongsian di mana seorang pakcik telah membeli burger gerai untuk isteri tersayang.

Burger tersebut adalah hadia surprise bersempena dengan hari ulang tahun bidadarinya itu.

Menurut pakcik tersebut, dia tidak sempat membeli kek memandangkan sudah larut malam dan mengambil keputusan singgah untuk membeli burger buat isterinya.

Kisah romantik pakcik tersebut telah tular di media sosial dan mendapat perhatian meluas sehinggakan satu jenama francais kek terkenal Secret Recipe terpanggil untuk membelanja pakcik serta keluarganya.

Pihak Secret Recipe menerusi Twitter meminta jasa baik netizen untuk menyampaikan hasrat murni mereka terhadap pakcik tersebut.

Tidak lama kemudian, mereka telah berkongsi berita baik di mana pihak Secret Recipe telah berjaya menghubungi pakcik tersebut.

Pakcik dan isterinya telah hadir ke cawangan mereka di Sungai Petani pada hari Sabtu lepas.

Kehadiran pakcik tersebut yang dikenali sebagai Pakcik Razif bersama isteri dan anaknya disambut meriah oleh staf-staf yang bertugas di kedai.


Ternyata boleh dilihat keceriaan terpancar di wajah isteri Pakcik Razif apabila diraikan dengan penuh meriah oleh semua yang berada di situ.

Malah, sebiji kek turut dihidangkan sebagai tanda ganti kepada burger yang dibeli pada malam tersebut oleh Pakcik Razif.

Rata-rata netizen di media sosial memuji tindakan oleh pihak Secret Recipe dan meninggalkan komen positif di laman Twitter.

Tahniah diucapkan kepada Pakcik Razif dan isteri. Semoga apa yang dilakukan oleh Pakcik Razif menjadi contoh teladan buat semua suami bagi menghargai jasa isteri.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.