Connect with us

Viral

Rezeki Wanita Dapat Cincin Emas Ketika Jalan-Jalan Di Mall, TikToker Dipuji Tidak Kedekut Bersedekah!

Sering kali kita dengar dimana tetaplah bersedekah walaupun tidak kaya bahkan bersedekah juga tidak perlu menunggu kaya asalkan kita bersedekah walaupun sedikit.
Iospital phone repair gombak
Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana wanita yang dikenali sebagai Cahaya Icha, 26, menghadiahkan sebentuk cincin emas kepada seorang wanita yang ditemuinya di sebuah pusat membeli-belah mencuri perhatian ramai.

Memetik laporan mStar, wanita Indonesia yang berkahwin dengan lelaki Malaysia itu tampil bercerita mengenai aktiviti kebajikan yang giat dijalankannya sejak lebih setahun lalu.

“Saya mula buat TikTok ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pada waktu itu, ramai orang tiada pendapatan. Pada suatu hari, saya lihat seorang budak kecil berniaga kerepek, langsung tiada siapa yang beli. Jadi saya pergi borong kerepek adik tu.”

“Tanpa saya sedar, suami rakam video ketika saya beli kerepek dan ia tular di TikTok. Sejak itu, ramai yang hubungi saya untuk bantu insan-insan yang memerlukan. Begitulah permulaan saya dalam kerja ini. Saya teruskan buat video untuk jadi contoh kepada masyarakat kita.”


“Biasanya saya akan sedekah RM10, RM50 atau RM100, bergantung kepada kemampuan saya. Saya sedekah guna duit sendiri, kadang-kadang suami tambah duit. Sesekali ada juga orang bagi. Selepas dah tular, saya dipanggil untuk buat reviu kedai. Duit reviu pun saya sedekahkan,” ujarnya yang mesra disapa Cahaya.”

Mengulas video pemberian cincin emas kepada seorang wanita baru-baru ini, Cahaya berkata ia merupakan kali pertama dia menghadiahkan barangan mewah dan merancang meneruskan inisiatif itu pada masa akan datang.

“Saya nak bagi reward kepada mereka yang betul-betul support content saya. Ketika jumpa akak tu, dia rupanya memang follow TikTok saya. Jadi saya hadiahkan cincin emas kepadanya. Akak tu merupakan individu pertama yang dapat emas.”

“Lain kali saya nak bagi lagi tapi bukan di Pulau Pinang. Saya nak cari pemenang dari negeri lain pula,” ujar Cahaya yang menetap di Bayan Lepas.

Pun begitu, Icha turut mendedahkan dirinya tetap terpalit dengan kecaman dari netizen yang mempertikaikan ketulusan hatinya.

“Ada juga yang kecam. Mereka kata saya pilih kasih dalam memberi sedekah. Tapi tak apa, saya tak kisah. Lagi pun ini dunia, bukan syurga. Selalu ada orang macam tu. Saya faham dalam dunia ini ada macam-maca perangai dan fikiran orang.”



“Selagi saya tak buat salah, tak mengapa. Saya tiada niat nak pilih kasih. Sejujurnya, saya banyak belajar sejak aktif buat content bersedekah. Setiap kali pergi tolong orang, balik tu mesti saya tiada selera makan. Saya terfikir akan kesusahan mereka,” ujar Cahaya lagi.”

“Mudah-mudahan ramai lagi anak muda yang contohi content saya. Sebab apabila kita bersedekah, 10 kali ganda kebaikan itu akan dibalas. Tak semestinya jadi kaya dulu baru boleh bersedekah.”

“Kalau tak mampu bagi wang, hulurkan pertolongan atau senyuman pun dah dikira sedekah. Semoga video-video ini dapat beri impak positif kepada anak muda,” ujarnya yang turut berniaga baju sejak sebulan lalu.

Sekadar rekod, Cahaya yang memiliki lebih sejuta pengikut TikTok sudah menetap di Pulau Pinang sejak lapan tahun lalu.

Selepas menamatkan pengajian di Malaysia, Cahaya terus menetap di sini sebelum mendirikan rumah tangga dengan jejaka Sabah berketurunan Murut iaitu Yoel Andaria, 32, sejak setahun lalu.

Video yang tular di laman TikTok:

@cahayaicha__

Rezeky tiada siapa pun yang boleh terka, hari ini rezeky dia Esok mungkin rezeky awak 😊

♬ original sound – Cahaya icha

Continue Reading
Advertisement