Connect with us

Viral

Rider Geram Pelanggan Sombong, Tak Reti Minta Maaf Walau Salah Pin Location Siap Bagitau Pangkat Besar!

Menjadi seorang penghantar makanan bukanlah satu perkara yang mudah, bukan sahaja berdepan risiko tinggi terlibat dalam kemalangan namun perlu berdepan dengan cuaca yang tidak menentu.
Iospital phone repair gombak
Itu belum lagi cerita tentang vendor ‘sidai’, kena maki dengan customer, order cancel, prank order dan sebagainya. Tentunya ia akan melemahkan semangat para rider untuk terus berjuang mencari rezeki.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang penghantar makanan yang dikenali sebagai Mad Nuh, 22 yang terpaksa menghantar makanan sejauh 35 Kilometer dan berdepan dengan customer biadap mencuri perhatian ramai.

Memetik laporan mStar, segalanya bermula apabila Mad Nuh menerima pesanan untuk diambil dari pasaraya Lotus di Cheng, Melaka yang perlu dihantar ke sebuah rumah beralamat di Rembia berdekatan Alor Gajah.

“Apabila saya dah sampai dekat lokasi yang dinyatakan, saya tengok memang tak ada apa, kosong, rumah tak ada orang.”

“Lepas itu saya call dia. Dia ada bagi petunjuk cari kedai Watson apa semua, tapi saya masih tak jumpa.”

“Saya minta dia hantar location dekat WhatsApp sebab nak lagi detail dan senang,” kata Mad Nuh

Boleh dikatakan hampir terbeliak mata Mad Nuh apabila melihat pelanggan itu sebenarnya berada di lokasi lain sejauh 35 km dari tempatnya dengan masa perjalanan 50 minit.

“Setiap rider Foodpanda ini ada kawasan yang dah ditetapkan macam saya di Bukit Rambai. Kami tak akan keluar dari kawasan itu dan hanya boleh ambil pesanan dekat situ saja.”


“Tapi saya tetap hantar juga ke Duyung sebab rasa kesian, kalau bukan kami yang nak hantar siapa lagi.”

“Sepatutnya apabila saya hantar tu kena minta duit COD (Cash on Delivery) dengan setiap 1 km saya caj RM1,” ujar Mad Nuh.

“Saya ada cuba cakap nak bayaran COD tapi dia tiba-tiba marah saya. Dia cakap tak boleh, ini kerja awak sebagai rider Foodpanda.”

“Saya makan hati juga la. Sikit minta maaf pun tak ada siap kata dia manager pangkat besar. Pangkat kau tak boleh masuk kubur la.”

“Kalau dia minta maaf, lembut la sikit hati saya dengar dah hantar jauh-jauh ini,” katanya kecewa.

Mad Nuh berkata kejadian sedemikian boleh terjadi sama ada kerana pelanggan tersalah pin lokasi dalam aplikasi Foodpanda atau memang disengajakan.

“Ada sesetengah pelanggan dia orderkan makanan untuk orang lain tetapi dia nak kos COD rendah jadi dia pin lokasi dekat dengan vendor kedai makan.”

“Yang susahnya kami sebab kami yang kena cari sampai jumpa. Minggu lepas saya ada kena juga sampai 10km. Semalam saya ada 10 order, tujuh order semua tersalah pin location.”

“Tetapi yang paling jauh saya kena 35km, itu memang saya dah capai tahap maksimum,” luahnya.

“Kami akan terlepas order yang lain. Seorang rider setiap jam minimum sepatutnya boleh dapat dua atau tiga order.”

“Macam dalam kes saya ni, saya dah habiskan masa atas jalan raya pergi dan balik satu jam setengah. Saya dah terlepas banyak pesanan lain.”

“Akaun Foodpanda saya pun dah dapat warning sebab keluar dari location di Bukit Rambai,” terangnya.



Menurut Mad Nuh, polisi Foodpanda ada mengatakan jika pelanggan tersalah memasukkan maklumat lokasi, pesanan boleh terus dibatalkan.

“Report dekat system, customer tersalah pin location, jadi pesanan makanan itu akan rejected.”

“Tapi saya tak buat macam itu sebab ia adalah kerja dan tugas saya. Saya kena amanah dalam pekerjaan saya.”

“Mungkin ada yang betul-betul tersilap. Mungkin ada yang betul-betul memerlukan jadi saya kena tolong,” tegas Mad Nuh yang tegas dalam pendiriannya.”

Video yang tular di laman TikTok:

@mhdnuh12 35km jauh tu 😌 #madnuhborak #pada2handal #celahbedah #fypシ ♬ original sound – Mad Nuh

Continue Reading
Advertisement