Connect with us

Selebriti

Rider Hilang Kerja Sebab Pelanggan, Caprice Bantu Buat ‘Business’ Baru Raih Perhatian Netizen

Terdahulu, kecoh di media sosial dengan sebuah video yang tular dimana seorang pelanggan telah memarahi penghantar makanan kerana lambat menghantar pesanannya. Namun, kesilapan tersebut disebabkan olehnya sendiri yang salah meletakkan pin lokasi lalu menyebabkan rider berkenaan perlu mencarinya selama satu jam.
Iospital phone repair gombak
Bukan itu sahaja, pelanggan yang agak  biadap itu turut mengeluarkan kata-kata kesat serta mengugut rider terbabit akan dibuang kerja malah sempat mendakwa dia merupakan staf kepada syarikat yang juga merupakan rakan perkongsian sehingga menyebabkan penghantar makanan ini digantung kerja.

Perkongsian rider tersebut di akaun TikTok @minyakhitamjalanan telah mendapat perhatian netizen dan rata-rata daripada mereka meluahkan rasa berang terhadap pelanggan itu.

Susulan isu tersebut, isu ini telah mendapat perhatian seorang aktivis terkenal Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli telah membuat kejutan untuk rider yang dikenali sebagai Mohd Yusof.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik olehnya di laman Instagram ini, memaparkan Capice telah bertemu dengan rider tesebut dan menawarkan satu perniagaan khidmat membaiki motosikal ‘Servis2Go’ yang akan diusahakan bersama.


“Sebab ramai dm cap pasal brader food rider yang kene buang kerja.. cap buat surprise for him.. we give him a business. Servis2Go.. sape2 berminat join abg yusof bina empayar servis moto whatsapp jeee 012-3288-640 jom kita ramai2 bantu dia dan rider2 lain..” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dalam hantaran tersebut, kelihatan penghantar makanan itu juga seolah-olah menahan sebak dengan bantuan yang diberikan oleh Caprice.

Walau bagaimanapun, Mohd Yusof turut memuat naik sebuah video  di laman TikTok menunjukkan dia duduk semeja dengan Caprice dan sempat menzahirkan rasa syukur kerana ramai orang yan g tidak putus mendoakannya.

“Terima kasih semua yg berdoakan saya.. semua korg di murahkan rezeki&shat selalu” ujarnya.



Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pujian dengan tindakkan Caprice yang tampil membantu abang penghantar makanan tersebut. Bukan itu sahaja, ada yang turut meluahkan rasa terharu dan sebak apabila melihat rider berkenaan yang kehilangan kerja kerana pelanggan yang kurang beradab.

Antara komen warganet:

“terbaik bro…semoga dipermudahkan insha’Allah..”

“such an icon! moga cap istiqomah dan terus berkhidmat..”

“tahniah dan terbaik untuk caprice..untuk yusof, selamat maju jaya untuk new organisasi dengan geng-geng yang join atau akan join service2go..”

“bijak cap wujud kan bisnes service macam ni betul nikmat Allah dalam rezeki orang lain..tahniah tahniah semoga Allah terus memberkati usaha anda dan abang rider..”

“rezeki tak pernah salah alamat! hilang satu Allah ganti berganda..semoga dipermudahkan urusan..”

Perkongsian yang tular di laman Instagram dan TikTok:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

@minyakhitamjalanan Terima kasih semua yg berdoakan saya.. semua korg di murahkan rezeki&shat selalu 😊#alhamdulillah❤️ ♬ original sound – KING PECAH BARANG

Continue Reading
Advertisement