Connect with us

Selebriti

“Rindu Kat Ayah Tu..” Netizen Doakan Kesihatan Anak Sharnaaz Ahmad Yang Dimasukkan Hospital

Anak kepada pelakon popular Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila iaitu Jebat terpaksa dibawa ke hospital akibat masalah kesihatan.

Melalui posting di Instagram, isteri Shanaaz itu mendoakan anaknya supaya cepat sembuh seperti sediakala.

Nabila juga berdoa supaya anaknya menjadi anak yang soleh, jadi manusia berguna dan menghormati sesama manusia.

Nabila juga mahu anaknya berakhlak baik dan berbakti kepada orang tua dan masyarakat.

“Cepat sihat ye anak mommy sayang… Anak yang soleh , jadi manusia yang berguna , yang tau hormat sesama manusia yang berakhlak baik yang berbakti kepada orang tua dan masyarakat insyaAllah. Love u anakku sayang.”

Rata-rata peminat mendoakan kesihatan Jebat Jayden dan meluahkan rasa simpati dengan apa yang berlaku kepadanya.

Malah, ada juga yang mengatakan mungkin Jebat terlalu rindu pada ayahnya itu.

Sharnaaz berkahwin dengan Noor Nabila Mohd Noor pada 31 Mac 2017. Bersama Nabila, Sharnaaz dikurniakan seorang anak lelaki bernama Jebat Jayden Ahmad yang dilahirkan pada 30 Ogos 2018 iaitu pada hari lahir Sharnaaz yang ke-33.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.